Harian Metro

Restoran Islam tak boleh niaga dalam bulan puasa?

-

Salam Ramadan. Hari ini dah masuk empat hari kita berpuasa. Moga-moga anda sekalian sihat dan dapat menjalanka­n ibadat puasa tanpa gangguan. Maklumlah, bila datang Ramadan ramai kawan-kawan yang ditimpa pelbagai jenis musibah. Ada yang sakit gastrik, ada yang batuk tak berhenti-henti dan ada yang semput.

Dalam hal ini, sakit gastrik yang paling popular. Pesakit gastrik tak boleh lapar, iaitu perut dia tak boleh kosong. Jika perut kosong, perutnya akan sakit yang amat.

Ubatnya cuma satu – jangan biarkan perut itu kosong. Apabila sampai waktu makan – sarapan, makan tengah hari dan makan malam – si pesakit dinasihatk­an makan.

Ini bermakna mereka tak boleh puasa. Yang anehnya, ramai pula yang tidak pernah ada penyakit ini akan diserang secara mengejut apabila tiba Ramadan.

Bagi mereka yang benar-benar ada gastrik, pandai-pandailah menangani masalah anda. Jangan makan di khalayak ramai. Ini akan mengundang padah. Elok makan diam-diam di rumah atau di sudut yang jauh daripada pandangan umum. Ini cara yang paling wajar.

Dalam hal ini saya nak cerita kisah seorang usahawan muda yang jadi tauke sebuah restoran. Restoran si mamat ini menyediaka­n pelbagai jenis makan yang bermula dengan sarapan hingga ke jamuan petang.

Oleh kerana restoran si mamat beroperasi di sebuah destinasi percutian yang popular, sebahagian besar pelanggann­ya ialah orang asing. Saya sendiri pernah bersarapan di kedainya.

Rata-rata saya tengok pelanggann­ya terdiri dari mat salih dan minah salih, iaitu orang putih. Ada yang dari Itali, England, Australia dan Belanda. Ramai juga pelanggan dari Jepun dan China.

Si mamat tidak ada masalah langsung melayan pelanggann­ya. Beberapa keluarga tempatan juga makan di situ. Tetapi jumlah mereka kecil berbanding orang asing.

Si mamat bagi tahu saya orang asing ini suka cara mereka dilayan. Mereka suka ditegur sapa dan berbual kecil. Ada antara mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Yang menjadi masalah pada si mamat ialah arahan yang baru dterimanya beberapa hari sebelum masuk Ramadan. Dia diperintah untuk tutup kedai sepanjang bulan puasa kerana dikhuatiri menjual makanan kepada orang Islam!

Alamak! Si mamat kata macam mana nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai jika diarah tutup sepanjang Ramadan. Dan macam mana nak cari belanja hari raya jika pintu rezeki diarah tutup?

Katanya: “Abang cuba fikir. Saya ni orang berniaga. Ini periuk nasi saya. Saya ada empat anak dan emak ayah yang nak ditanggung juga. Kedai ni ialah punca saya menyara hidup

“Saya tak kaya. Tapi kedai ni bagi saya cukup makan sekeluarga. Dan saya juga boleh memberi peluang kerja kepada anak tempatan. Kadang-kadang bila ada duit lebih saya bagi bonus atau duit raya kepada pekerja.

“Kalau saya diarah tutup bulan Ramadan, saya nak makan apa? Saya hairan sebenarnya. Restoran di hotel 5 bintang yang tak jauh dari tempat saya tidak pula diarah tutup.

“Saya dan hotel itu bersaing untuk cari rezeki. Saya tak kacau dia dan dia tak kacau saya. Kami sama-sama saling menghormat­i. Saya selalu jumpa pekerja hotel itu berjemaah di surau tak berapa jauh di belakang kedai saya.”

Saya diam dan cuba memahami apa yang disampaika­n oleh usahawan muda ini. Apa yang si mamat cakap ni memang lojik. Kita kena teliti keadaan begini supaya tidak menyalahi undang-undang.

Kalau pihak berkuasa nak cegah orang Islam yang tidak berpuasa makan di khalayak ramai, saya kira mesti ada cara lain. Bagi arahan kepada restoran yang diusahakan oleh orang Islam supaya tutup memberi kesan yang negatif.

Bulan Ramadan ni usahawan makanan tak boleh cari makan ke? Siapa nak tanggung kos sara hidup dia dan tanggungan? Jabatan agama ke? Bulan Ramadan tak boleh cari rezeki halal ke?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia