Harian Metro

Rumah kedua Mama Faridah

-

Bagi Faridah Din, 66, Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah bagaikan rumah keduanya sejak 16 tahun lalu selain tempat menuntut ilmu.

Katanya, kemudahan disediakan madrasah untuk pelajar warga emas sepertinya cukup selesa dan memudahkan pergerakan seharian dari pondok ke kelas.

“Saya rasa seronok dan elok berada di sini belajar ilmu agama, maklumlah waktu muda dulu banyak kejar dunia.

“Jadi pada penghujung usia inilah kita kembali memperbaik­i kelemahan yang ada,” katanya yang berasal dari Langgar, Kedah.

Katanya, kelas untuk warga emas bermula selepas solat fardu merangkumi pengajian kitab turath yang mencakupi pelbagai perkara seperti fiqah, nahu, bahasa dan pelbagai lagi.

“Waktu pengajian kitab turath ialah selepas solat Subuh, Asar, Maghrib dan Isyak manakala selepas

Zuhur untuk pengajian al-Quran,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Mama Faridah.

Menurutnya, usaha menuntut ilmu tiada had usia dan selagi terdaya dia akan terus belajar di madrasah itu.

Katanya, banyak perkara dipelajari­nya seperti memperkema­skan ilmu fardu ain, belajar ilmu baru serta membina kekuatan jasmani dan rohani untuk bersedia menghadapi kematian.

Mama Faridah yang juga Ahli Jawatankua­sa Madrasah Irshad al-Ashraf al-Watniah berkata, warga emas di situ sering menjadi sukarelawa­n dalam pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat dan apabila madrasah menerima kunjungan tetamu luar.

Katanya, mereka turut mengadakan aktiviti luar seperti lawatan ke pondok lain serta tempat menarik bagi mencari ilmu baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia