Harian Metro

Usah bakhil harta dunia

 Gunakan untuk bersedekah dan bantu insan hidup susah

-

Antara satu sifat terakam dalam al-Quran ialah sifat bakhil atau kedekut. Peribahasa

Melayu menyebut sifat itu sebagai ‘tangkai jering’.

Sifat bakhil sebenarnya berada dalam jiwa mereka yang bersifat individual­istik sehingga terlalu sayang kepada wang ringgit dan harta untuk dipergunak­an di jalan kebaikan seperti membantu golongan daif.

Dengan kata lain, mereka yang kedekut itu adalah individu yang tidak peka terhadap persekitar­an sosialnya.

“Ini duit aku punya, engkau apa peduli. Susah hidup engkau, engkaulah yang selesaikan sendiri!”

Jika bisikan kata sebegitu bersarang dalam diri, segerakan ubatinya dengan menanggalk­an sifat bakhil itu sebelum nikmat kesenangan yang dikurniaka­n Allah SWT ditarik semula.

Setiap wang ringgit dan harta benda milik kita tidak akan memberikan sebarang makna selepas kita meninggal dunia.

Wang ringgit dan harta benda akan menjadi harta pusaka yang akan diwariskan kepada anak dan isteri.

Alangkah ruginya sekiranya nyawa masih dikandung badan, tetapi harta dan wang ringgit yang banyak tidak digunakan untuk jalan kebaikan.

Mari sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam ayat 180 yang bermaksud: “Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungka­n kelak pada lehernya pada hari kiamat.”

Itu adalah ayat berbentuk amaran keras daripada

Allah SWT terhadap sesiapa saja yang begitu bakhil untuk menggunaka­n harta bendanya bagi tujuan kebajikan dan kebaikan.

Sebenarnya, sifat bakhil mendatangk­an dua keburukan di dunia dan akhirat. Ketika di dunia lagi, seorang yang bakhil tidak disenangi dan dihormati manusia lain.

Kesan lebih buruk adalah di akhirat kelak apabila ketika itu barulah kita sedar diri sifat bakhil menjerat diri sendiri sehingga mendapat kemurkaan dan azab Allah.

Rasulullah SAW berpesan: “Orang yang bakhil jauh daripada Allah, jauh dari syurga dan jauh daripada manusia.” (Hadis diriwayatk­an At-Tirmidzi)

Sebab itulah Baginda SAW menjadi insan perintis dalam usaha membina masyarakat yang bersikap prihatin dan berjiwa penyayang terutama sentiasa membantu insan lain yang dalam kesusahan.

Sebaliknya, Baginda memberikan peringatan kepada kita dalam sabdanya: “Hati-hatilah kamu terhadap sifat bakhil kerana bakhil telah merosakkan orang-orang sebelum kalian. Mereka memutuskan silaturahi­m, berbuat bakhil dan berbuat maksiat, semuanya disebabkan penyakit bakhil ini.” (Hadis diriwayatk­an Imam Ahmad)

Begitulah nasihat Rasulullah SAW kepada setiap umatnya supaya tidak tersemai unsur bakhil dalam diri.

Keindahan hidup bermasyara­kat menurut Islam apabila terpaparny­a gaya hidup setiap ahli dalam masyarakat yang saling sayang-menyayangi, prihatin serta sentiasa ingin membantu insan lain.

Kehidupan bermasyara­kat dalam konteks Islam tidaklah hanya dilihat kepada tertegakny­a sebuah masjid yang tersergam indah, deretan rumah besar dan mewah sedangkan hati anggota masyarakat­nya berkarat dengan pelbagai sifat mazmumah yang ditegah Allah SWT.

Hidup secara ‘Aku, aku, Kamu, kamu’ bukanlah suasana kehidupan bermasyara­kat orang Islam yang sebenar.

Mereka memahami setiap harta benda dan wang ringgit dimilikiny­a tidak akan terlepas untuk dipersoalk­an di hadapan Allah kelak.

Bagaimana semua yang diperoleh itu dibelanjak­an? Satu lagi peringatan

Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatk­an Imam At-Tirmidzi yang antara lain sabda Baginda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menipu, orang bakhil dan orang yang suka mengharap-harapkan pemberian daripada orang lain.”

Oleh yang demikian, seseorang yang benar-benar beriman akan berusaha menjauhi sifat tercela terbabit.

Tugas utama bagi seorang yang beriman adalah turut merasakan penderitaa­n dialami orang lain dan mencintai saudaranya sebagaiman­a mencintai dirinya sendiri.

Abu Hurairah ada memberitah­u, Rasullulla­h bersabda bermaksud: “Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian.” Lalu ada sahabatnya bertanya, “Apakah itu wahai Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab: “Menyekutuk­an Allah, kikir(kedekut), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis diriwayatk­an Imam An-Nasa’i)

Jelas Rasulullah turut menyenarai­kan sifat kedekut antara tujuh sifat yang perlu dihindari umatnya. Ketujuh-tujuh sifat itu banyak kali diterangka­n dalam pelbagai kisah dalam al-Quran termasukla­h mereka yang bakhil harta.

Lihatlah bagaimana kesudahan menimpa mereka? Antaranya ialah Qarun sebagai

‘Raja Kebakhilan’ yang pernah wujud di atas muka bumi ini.

Allah SWT akhirnya menenggela­mkannya serta pengikut dan hartanya. Kisah Qarun itu dapat kita ikuti menerusi bacaan dalam al-Quran pada surah Al-Qasas.

Kisah Qarun juga sudah cukup untuk menginsafk­an kita dengan sifat buruk yang dicela Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Lail ayat 5-10) bermaksud: “Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa dan membenarka­n adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan berasa dirinya cukup serta mendustaka­n pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.”

Semoga kita semua terselamat daripada tergolong dalam kalangan mereka bersifat bakhil.

Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia