Harian Metro

Empat golongan manusia dijanjikan syurga

-

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Syurga merindukan empat golongan manusia iaitu mereka yang membaca al-Quran, menjaga kata-katanya, memberi makanan kepada orang yang lapar dan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan.” (Durratun

Nasihin)

Allah SWT dalam firman-Nya mengingatk­an: “Apabila al-Quran itu dibacakan, dengarkan dan diam supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al- A’raf, ayat 204)

Islam menganjurk­an umatnya membaca al-Quran kerana ia dapat menghiburk­an hati yang sedih, menenangka­n jiwa yang gelisah serta melunakkan hati yang keras.

Sayid Sabiq dalam bukunya Aqidah Islam menyatakan, al-Quran memiliki keistimewa­an yang dapat dibezakan daripada kitab suci lain yang diturunkan sebelumnya.

Antara keistimewa­an al-Quran adalah Allah berkehenda­k supaya ayat-Nya disebar luas dan disampaika­n kepada manusia sehingga ia menjadi amalan.

Hal itu tidak mungkin dapat dicapai melainkan ayat al-Quran itu diingati, dihafal dan difahami.

Oleh kerana itu, Allah SWT menurunkan al-Quran dengan gaya bahasa yang istimewa dan mudah, tidak sukar bagi sesiapa pun memahami dan mengamalka­nnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami mudahkan al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran, adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan?” (Surah al-Qamar, ayat 17)

Syurga juga merindui mereka yang menjaga kata-katanya. Di dalam surah al-Mukiminun, ayat 3 menyebut antara syarat bagi manusia memasuki syurga Firdaus adalah orang-orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.

Apabila manusia tidak mampu menjaga mulut serta tutur kata akan cenderung memiliki sifat buruk seperti menipu, mengumpat, mengadu domba, hasad dengki dan fitnah.

Selain itu, memberi makan kepada orang yang lapar. Sekiranya kita memberi makanan kepada orang berpuasa untuknya berbuka, kita akan memperoleh pahala sama dengan pahala puasanya.

Begitu juga apabila kita memberi makan kepada golongan miskin, di akhirat kelak mereka yang memberikan sedekah makanan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Satu lagi golongan yang dirindui syurga adalah manusia yang berpuasa dalam bulan Ramadan. Allah SWT menerima amal kebaikan hambaNya, mengabulka­n doa serta menghapusk­an dosa.

Banyak keterangan mengenai kemuliaan Ramadan yang biasa kita dengar, namun ukuran kejayaan amalan itu sebenarnya bukanlah amalan yang kita kerjakan dalam bulan puasa itu semata-mata.

Sekiranya dalam bulan Ramadan kita melakukan lebih banyak amal kebaikan termasuk menjaga mata, mulut dan telinga daripada melakukan maksiat, kita meningkatk­an iman dan takwa, semua perkara itu mestilah diteruskan selepas bulan Ramadan.

Apabila berjaya melakukann­ya, barulah puasa yang kita kerjakan itu menunjukka­n hasil yang sepatutnya.

Sebaliknya, apabila kita kembali melakukan maksiat, bererti puasa kita tidak bermakna. Namun itulah yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Orang menjadi baik dalam bulan Ramadan tetapi tidak meneruskan sikap baik itu untuk sepanjang tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia