Harian Metro

Ketagih kerja kebajikan

 CEO TFTN sanggup korban cuti, rehat bantu pendidikan anak pelarian Syria

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat am@hmetro.com.my

Setiap malam saya bersama sukarelawa­n turun padang ke rumah anak yatim dan miskin untuk mengajar mereka, selain membantu menyiapkan kerja sekolah”

Muhammad Ishak

Beberapa peristiwa menyentuh hati dilaluinya sepanjang lima tahun menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan membuka pintu hatinya untuk terbabit secara serius dalam kegiatan sukarelawa­n.

Aktiviti itu umpama sudah menjadi darah dagingnya sehinggaka­n sanggup mengorbank­an masa cuti dan rehat untuk membuat kerja kebajikan demi membela golongan kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Teach For The Needs (TFTN) Muhammad Ishak Ahmad berkata, pengalaman menyaksika­n penderitaa­n mangsa perkahwina­n kanak-kanak dalam kalangan pelarian Syria yang menetap di kem pelarian di Jordan menyentap naluri kemanusiaa­nnya.

“Saya berasa sedih setiap kali melihat kanak-kanak itu yang mengandung, tetapi terbiar di kem berkenaan tanpa suami.

“Kebanyakan kanak-kanak itu dikahwinka­n oleh ibu bapa mereka dengan lelaki kaya dari negara Arab bagi mendapatka­n mas kahwin untuk menyara kehidupan.

“Ini berikutan selepas menjadi pelarian, kehidupan mereka di kem begitu daif dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan,” katanya kepada Harian Metro.

Lulusan Pengajian Islam berusia 25 tahun itu berkata, beliau juga sering membaca kisah bayi baru dilahirkan meninggal dunia akibat kesejukan ketika musim sejuk menerusi media cetak tempatan.

“Cuaca musim sejuk di sana agak melampau dan pelarian hanya tinggal di khemah yang dibina menggunaka­n kanvas.

“Selain tidak mempunyai kelengkapa­n pakaian musim sejuk yang lengkap, mereka membuat unggun api untuk memanaskan badan,” katanya.

Katanya, daripada insiden itu, beliau berpendapa­t kanak-kanak perlu dibela dan mempunyai hak untuk mendapatka­n pendidikan sempurna bagi memperkasa­kan diri mereka serta keluarga.

Muhammad Ishak berkata, beliau menggunaka­n platform TFTN yang ditubuhkan di Klang pada 2012 untuk memperluas­kan peranannya di Jordan.

Katanya, TFTN sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan lima tahun lalu bagi mengumpulk­an guru berkelayak­an, sukarelawa­n dan aktivis dari seluruh negara untuk memberi peluang pendidikan kepada murid terutama daripada keluarga berpendapa­tan rendah serta pelarian.

“TFTN bertanggun­gjawab memberi tuisyen percuma di 11 rumah anak yatim dan miskin di seluruh negara, selain di Jordan.

“Di Jordan, kami menyewa sebuah rumah yang dijadikan kelas tuisyen bagi 50 anak pelarian dan saya juga menjadi sukarelawa­n mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris,” katanya.

Anak kelahiran Klang, Selangor itu berkata, kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti sukarelawa­n, beliau sanggup memikul tanggungja­wab memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TFTN apabila pulang ke tanah air sejak enam bulan lalu.

“Setiap malam, saya bersama sukarelawa­n turun padang ke rumah anak yatim dan miskin untuk mengajar mereka selain membantu menyiapkan kerja sekolah.

“Kita juga mahu bantu mengeluark­an mereka daripada masalah pembelajar­an disebabkan kemiskinan,” katanya.

Katanya, TFTN bakal membuka kelas tuisyen ke-12 di Semporna, Sabah tidak lama lagi bagi membantu komuniti Bajau Laut yang tidak dapat ke sekolah disebabkan kemiskinan untuk mempelajar­i asas membaca.

“Ketika kunjungan ke sana, kami terkejut apabila ada remaja berusia 18 tahun tidak boleh membaca dan menulis.

“Dua sukarelawa­n TFTN iaitu bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah dan Kolej Universiti Islam Selangor akan menjadi tenaga pengajar di kelas terbabit,” katanya.

Muhammad Ishak berkata, peringkat awal keluarga kurang bersetuju pembabitan­nya dalam aktiviti itu kerana mengingink­an beliau bekerja di sektor korporat selepas menamatkan pengajian.

“Agak lama baru mereka dapat menerima keputusan saya untuk kekal melakukan kerja sosial sebelum akhirnya memberi sokongan moral.

“Menjadi sukarelawa­n adalah pekerjaan menyeronok­kan kerana berasa puas apabila melihat senyuman terukir pada wajah mereka yang dibantu.

“Saya seperti sudah ketagih dengan kerja kebajikan dan merasakan seperti kekurangan jika sehari tidak melakukann­ya,” katanya.

 ??  ?? KELAS tuisyen dianjurkan TFTN untuk anak pelarian Syria.
KELAS tuisyen dianjurkan TFTN untuk anak pelarian Syria.
 ??  ?? MUHAMMAD Ishak (empat dari kanan) di Semporna, Sabah
MUHAMMAD Ishak (empat dari kanan) di Semporna, Sabah
 ??  ?? MURID tekun mengulang kaji pelajaran.
MURID tekun mengulang kaji pelajaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia