Harian Metro

Sarung golok kitar semula

Pembuat hulu, sarung senjata kini makin kreatif

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Sarung dan hulu dua elemen penting sebagai tarikan kepada senjata seperti parang mahupun pedang yang kini menjadi antara alatan hiasan untuk dekorasi kediaman.

Justeru, bukan menghairan­kan apabila sarung dan hulu parang kini dihasilkan dengan pelbagai reka bentuk moden serta tradisiona­l menggunaka­n kayu berkualiti bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan.

Lebih unik apabila senjata perhiasan itu didatangka­n dengan alas yang dibuat daripada campuran bahan khas menggunaka­n barang terpakai seperti perca kain, ceraian guni bawang dan serbuk kayu.

Berkongsi keunikan itu, tukang sarung dan hulu Abdul Halim Ahmad, 51, mengakui idea itu memberikan kelainan kepada alas yang dihasilkan dengan menggunaka­n aduan cat akrilik, bahan pelekat dan pewarna.

“Alas pelapik senjata yang dijadikan hiasan dibuat menggunaka­n bahan terbuang dan hasilnya juga menarik biarpun hanya menggunaka­n barang kitar semula. Ramai menganggap hiasan itu sebagai unik dan mahal.

“Bahan yang digunakan seperti ceraian guni bawang dan kentang, serbuk kayu serta perca kain yang berwarna-warni. Semua ini memberikan keunikan kepada alas yang dihasilkan dengan padanan pelbagai jenis warna,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Batu 14 Lekir di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, bahagian paling rumit adalah proses melicinkan permukaan berbanding pengadunan bahan alas dan pembentuka­nnya hanya mengambil masa sehari.

“Idea ini tercetus sejak setahun lalu dan sebelum ini, saya hanya menggunaka­n kayu. Hasil kraftangan ini mendapat sambutan sehingga ada pelanggan yang mengulangi tempahan. “Dalam sehari saya boleh menyiapkan tiga alas dengan harga RM70 seunit.

Harga sarung dan hulu boleh mencecah antara RM180 sehingga RM420, manakala bagi pedang samurai pula RM700 hingga RM800, namun bergantung kepada saiz, bentuk dan jenis kayu digunakan,” katanya yang menerima tempahan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sarung, hulu dan alas bukan mudah dihasilkan kerana memerlukan ketekunan, kemahiran serta paling mencabar apabila turut menuntut kesabaran tinggi berikutan kadang kala idea muncul tanpa mengira waktu.

“Membuat hulu pedang samurai pula menuntut lebih kesabaran kerana proses memasukkan bilah ke dalam hulu agak rumit, namun permintaan­nya semakin tinggi.

“Saya tidak mengambil tempahan bilah, tetapi boleh menempah dengan orang lain. Bagi mengembang­kan pasaran, saya menggunaka­n media sosial untuk menerima tempahan dan menggunaka­n perkhidmat­an pos,” katanya.

FAKTA Harga hulu dan

sarung yang dihasilkan boleh mencecah hampir

RM1,000

 ??  ?? ANTARA hasil kerja tangan Abdul Halim.
ABDUL Halim menunjukka­n hulu dan sarung parang ciptaannya.
ABDUL Halim tekun menyiapkan sarung parang yang ditempah pelanggan.
ANTARA hasil kerja tangan Abdul Halim. ABDUL Halim menunjukka­n hulu dan sarung parang ciptaannya. ABDUL Halim tekun menyiapkan sarung parang yang ditempah pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia