Harian Metro

PPR Pudu Ulu ‘bergegar’

 Empat kenderaan dihempap pokok tumbang akibat ribut

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

“Bergegar seketika rumah kami seolah-olah gempa bumi berlaku,” kata penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras di sini, Rosidah Alias, 43, berhubung kejadian pokok tumbang yang menghempap empat kenderaan di kawasan itu.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, hujan lebat selama sejam mengakibat­kan empat kereta yang diletakkan di kawasan parkir remuk dihempap pokok sebesar lebih dua pemeluk itu.

Rosidah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan anaknya sedang berehat dan menantikan waktu untuk berbuka puasa.

“Saya bagaimanap­un terkejut apabila berlaku gegaran sebelum meninjau ke luar tingkap.

“Saya didapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta model Toyota Camry dan beberapa kenderaan lain,” katanya.

Suaminya, Nurul Azhar zakaria, 37, berkata, dia yang ketika itu berada di dapur turut merasai gegaran kuat akibat kejadian pokok tumbang itu sewaktu ribut berlaku.

“Malah terdapat satu kedai makan mengalami kerosakan teruk akibat bumbung diterbangk­an angin dalam kejadian ribut itu,” katanya.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 40-an, berkata, beberapa gerai bazar di kawasan itu turut mengalami kerosakan kecil akibat ribut yang berlaku.

“Ini bukan kejadian kali pertama. Mujur tiada mangsa yang cedera atau maut.” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.29 petang dan sepasukan anggota APM dikerahkan ke lokasi.

“Anggota APM turut dibantu Skuad Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memotong dan membersihk­an kawasan yang dihempap pokok,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang dihempap pokok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Taman Kobena.
KEADAAN kereta yang dihempap pokok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Taman Kobena.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia