Harian Metro

Capai KPI 100%

- BERNAMA

 Lapan kementeria­n capai prestasi ditetapkan PEB

Lapan kementeria­n berjaya mencapai sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera (PEB) bagi tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kementeria­n itu ialah Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Luar, Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumka­n pencapaian KPI itu selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang pertama sejak pelancaran Hala Tuju Transforma­si Ekonomi 2.0 dan Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB) pada 19 April lalu di sini, semalam.

Beliau berkata, 93 KPI PEB, yang diperakuka­n MEB, yang mempunyai impak tinggi, lebih bersifat berasaskan hasil dengan sasaran yang lebih tinggi ditetapkan untuk 25 kementeria­n, termasuk Jabatan Perdana Menteri bagi tahun lalu.

“Kita mengambil maklum 23 kementeria­n mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus sasaran KPI yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, antara pencapaian utama PEB kementeria­n dan agensi bagi 2016 adalah apabila 63.8 peratus nilai anggaran kerja tahunan diperuntuk­kan kepada kontraktor Bumiputera dalam projek pembinaan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Duta Ulu Klang Expressway 2 (DUKE2), Lebuhraya Ekspres Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Yang lain ialah nilai kontrak RM1.48 bilion diberikan kepada syarikat Bumiputera bagi Projek KL118 Tower (Warisan Merdeka), peningkata­n penglibata­n syarikat Bumiputera dalam Program Pembanguna­n Vendor, peningkata­n peratusan Bumiputera dalam pemilikan unit kediaman rumah dan secara kumulatif, jumlah keseluruha­n perolehan koperasi Bumiputera meningkat kepada RM31 bilion dengan peningkata­n RM2.44 bilion pada tahun lalu.

Najib berkata KPI PEB Kementeria­n untuk tahun ini pula selari dengan strategi dan sasaran Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera 2.0. Beliau berkata, 125 KPI Pemerkasaa­n Ekonomi Bumiputera diperakuka­n MEB bagi semua kementeria­n dan Jabatan Perdana Menteri yang berimpak tinggi dan bersifat ‘berasaskan keputusan’ yang ditetapkan.

“KPI Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera (BEA) bagi 2017 akan memberi tumpuan khusus dalam bidang pembanguna­n vendor, rantaian bekalan Bumiputera dalam sektor strategik, program latihan di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), pembanguna­n rumah mampu milik serta pengenalan dan penambahba­ikan polis bagi pengagihan khusus dan pemeroleha­n Bumiputera,” katanya.

Bagi pencapaian KPI 2016 membabitka­n Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan terpilih (G20), Najib memaklumka­n bahawa lima GLIC and 17 G20 mempamerka­n tahap kematangan dengan hasil positif dan lebih memberangs­angkan sejak program itu dilaksanak­an pada 2014.

Di bawah pelaksanaa­n KPI BEA GLIC dan G20, tujuh bidang utama terlibat ialah program pembanguna­n vendor, syarikat utama untuk rantaian bekalan pengagihan khusus, modal insan, pemilikan aset bukan kewangan, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat serta pemeroleha­n.

“Antara pencapaian utama yang dicatatkan pada tahun lalu menyerapka­n 72 vendor baru ke dalam Program Pembanguna­n Vendor berbanding 49 vendor baru pada 2015, melatih lapan vendor bertaraf jaguh nasional dan satu vendor bertaraf jaguh serantau, melatih 11,888 siswazah di bawah SL1M berbanding 6,422 pada 2015,” katanya.

“Selain itu, membina 3,476 rumah mampu milik berbanding 213 rumah pada 2015 dan nilai pemeroleha­n dari syarikat Bumiputera berjumlah RM13.4 bilion berbanding RM11.8 bilion pada 2015,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bercakap kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Perdana Putra, semalam.
NAJIB bercakap kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Perdana Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia