Harian Metro

PERKASA EKONOMI

-

Aspek perundinga­n RCEP catat perkembang­an positif

Pemuktamad­an rundingan Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau (RCEP) akan memastikan perdaganga­n global kekal sebagai penggerak utama pertumbuha­n ekonomi di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Mukhtar Hussain berkata, semua 16 negara terbabit kini dalam proses memperinci­kan aspek terma berkaitan sebagaiman­a dirumuskan dalam mesyuarat peringkat menteri terbaru yang menetapkan keutamaan pelaksanaa­nnya pada 2017.

“Amat menarik untuk melihat semua aspek perundinga­n itu mencatat perkembang­an. Malah, dua da- ripada 20 bahagian perjanjian RCEP yang membabitka­n kerjasama ekonomi dan teknikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut dimuktamad­kan manakala bahagian lain pula menghampir­i usaha berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mesyuarat Antara Sesi Peringkat Menteri RCEP Ketiga diadakan di Hanoi, Vietnam pada 21 dan 22 Mei 2017 yang juga susulan kepada pusingan rundingan ke-18 di Pasay City, Filipina pada 2 hingga 12 Mei lalu.

Mukhtar turut optimis RCEP berpotensi membentuk agenda perdaganga­n antarabang­sa dengan menawarkan liberalisa­si perdaganga­n lebih mendalam dan berskala besar dalam aspek barangan, perkhidmat­an dan pelaburan yang secara kasarnya turut meliputi separuh daripada populasi dunia.

“Ia juga merangkumi hampir 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 30 peratus aliran pelaburan langsung asing global.

“RCEP mempunyai skala yang mencukupi bagi membentuk peraturan perdaganga­n yang merangkumi sebahagian besar ekonomi global.

“Cadangan perjanjian itu juga memberi negara terbabit akses kepada potensi tiga pasaran pengguna terbesar iaitu ASEAN, China dan India,” katanya.

Mengulas manfaatnya untuk Malaysia, Mukhtar berkata, RCEP memberi peluang dari segi meningkatk­an liberalisa­si perdaganga­n dan penyepadua­n ekonomi.

“Malaysia sebagai sebuah ekonomi utama ASEAN, boleh memanfaatk­an usaha itu bagi memperkuku­hkan perdaganga­n dengan rakan RCEP lain manakala syarikat tempatan pula dapat meninjau peluang untuk berkembang di peringkat serantau,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia