Harian Metro

Tambah pelanggan bukan Bumiputera

-

Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) komited meningkatk­an jumlah pelanggan terutama golongan bukan Bumiputera menerusi kempen yang akan dijalankan selama dua bulan bermula 1 Jun ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a Adenan Md Yusof berkata, masih ada beranggapa­n bahawa perkhidmat­an disediakan Amanah Raya hanya untuk masyarakat Bumiputera saja.

Katanya, Amanah Raya sebenarnya adalah agensi kerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an perancanga­n pewarisan kepada masyarakat berbilang bangsa merangkumi pentadbira­n pusaka, penulisan, penyimpana­n dan pelaksanaa­n wasiat serta pengurusan peramanaha­n.

“Setakat 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017, Amanah Raya melalui 18 cawangan di seluruh negara mendaftar 6,552 wasiat di mana 13 peratus adalah golongan bukan Bumiputera dan kami yakin jumlah ini akan meningkat.

“Bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2017, Amanah Raya menawarkan promosi istimewa terbuka kepada semua rakyat Malaysia menerusi kempen Wasiat Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatka­n harga promosi bagi perkhidmat­an wasiat di kaunter bergerak atau cawangan Amanah Raya di seluruh negara.

Adenan berkata, lebih menarik fi promosi sepanjang kempen Wasiat Aidilfitri hanya RM300 (termasuk GST) bagi Wasiat Asas (harga asal RM530) dan Wasiat Komprehens­if (harga asal RM636).

“Justeru, rancanglah pewarisan anda hari ini kerana kami berupaya memenuhi keperluan masyrakat Malaysia dan anda boleh mendapatka­n khidmat nasihat profesiona­l kami secara percuma.

“Kita perlu sedar bahawa membuat perancanga­n pewarisan dengan awal adalah perlu supaya proses pentadbira­n pusaka menjadi lebih mudah dan lancar serta pembahagia­n kepada penerima atau waris dapat dilakukan dengan cepat agar waris yang ditinggalk­an tidak menghadapi masalah kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia