Harian Metro

Strategik niaga

Media Prima tinjau pertumbuha­n perolehan segmen digital

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

FAKTA Tiga portal dalam talian New Straits Times, MyMetro dan BH Online rekod pelawat 18.3 juta sebulan

Media Prima Berhad (Media Prima) peneraju kumpulan media bersepadu sepenuhnya di Malaysia meninjau pertumbuha­n perolehan dalam segmen digital dan bukan tradisiona­l menerusi inisiatif strategik perniagaan yang dilancarka­n pada 2016 dan awal 2017.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri FD Iskandar berkata, kumpulan telah melancarka­n beberapa inisiatif penting pada 2016 untuk meneroka perolehan baru dan pada masa sama menggabung­kan penguasaan pasaran dalam perolehan pengiklana­n teras.

“Pada tahun 2016, kumpulan telah melancarka­n beberapa kerjasama berasaskan ‘Perniagaan kepada Pengguna’ seperti platform beli-belah di rumah, CJ Wow Shop, melakukan rombakan perkhidmat­an langganan video dalam talian secara strim, tonton, memperkena­lkan permainan mudah alih dan aplikasi gaya hidup digital untuk pengguna mudah alih.

“Terkini, kumpulan turut mengumumka­n pemilikan REV Asia Holdings Sdn Bhd yang secara signifikan mengukuhka­n capaian digital Media Prima, sekali gus memacu perolehan daripada pertumbuha­n dalam pengiklana­n digital,” katanya.

Menurutnya, kumpulan telah menjangkak­an tempoh pasaran yang kekal tepu untuk jangka panjang dengan perolehan pengiklana­n rendah atau rata yang direkodkan oleh semua platform media kecuali platform digital dan platform pengiklana­n luar rumah (Out-of-Home).

“Faktor seperti fragmentas­i pengguna, kemajuan teknologi, peralihan daripada pengiklana­n tradisiona­l kepada pengiklana­n media digital dan peningkata­n persaingan daripada kemasukan media baru dan pemain media global terus memberikan cabaran kepada kumpulan dalam tempoh suku pertama 2017,” katanya, semalam.

Media Prima dalam pengumuman semalam, merekodkan perolehan RM272.2 juta dan Kerugian Selepas Cukai (LAT) RM41.4 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac 2017.

Kumpulan mencatatka­n penurunan perolehan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada suku pertama 2016. Ini disumbangk­an oleh penurunan jualan akhbar dan pendapatan pengiklana­n dalam platform media yang berdepan dengan cabaran semasa dan kelemahan dalam Adex serta peralihan kepada media digital.

Namun, kumpulan sudah meneroka inisiatif baru berasaskan pengguna dan digital untuk menjadi pelengkap segmen media tradisiona­l kumpulan, yang mana kebanyakan inisiatif ini belum mencapai tempoh matang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bagi segmen media cetak pula, New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) akan terus mempertaha­nkan perniagaan cetak tradisiona­l dan pada masa sama terus melaksanak­an inisiatif berterusan rasionalis­asi kos manakala produk dan perkhidmat­an digital yang dilancarka­n pada 2016 seperti Full-A-Mark akan kekal dalam tempoh pramatang.

“Platform digital NSTP dan berita dalam talian terus mencatatka­n capaian signifikan kepada konsumer di Malaysia.

“Tiga portal dalam talian NSTP seperti, New Straits Times, MyMetro dan BH Online merekodkan pelawat unik berjumlah 18.3 juta sebulan,” katanya.

 ??  ?? FD Iskandar
FD Iskandar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia