Harian Metro

AirAsia teroka pasaran Vietnam, Kemboja

-

Kuala Lumpur: AirAsia meneruskan pengembang­annya di rantau ini untuk menjadi syarikat penerbanga­n ASEAN yang sebenar-benarnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata, pengembang­an diteruskan dengan rancangan usaha sama di Vietnam dan minat yang dilahirkan oleh kerajaan Kemboja agar AirAsia meneroka pasaran negara berkenaan.

“Maka, pengembang­an ASEAN maju dari satu tahap ke tahap seterusnya,” katanya menerusi mesej video mengenai gambaran keseluruha­n prestasi syarikat penerbanga­n itu tahun lalu dan prospeknya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata, di luar ASEAN, anak syarikatny­a di Jepun yang baru ditubuhkan dijangka memulakan operasi pada separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, selain itu, syarikat penerbanga­n itu juga baru-baru ini memeterai memorandum persefaham­an bagi menjalin usaha sama untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n tambang rendah di China.

“Bagi memudahkan pertumbuha­n AirAsia, kami menyediaka­n pelan serahan pesawat yang berterusan sehingga 2028.

“Tahun ini, saiz kumpulan pesawat dijangka meningkat 29 pesawat yang menjadikan­nya sebanyak 203 pesawat A320s menjelang akhir tahun,” katanya.

Aireen berkata, selain daripada perniagaan perkhidmat­an penumpang, syarikat penerbanga­n itu akan menumpukan kepada meningkatk­an pendapatan sampingan seperti hasil daripada pillihan tempat duduk, perkhidmat­an Wi-Fi dalam penerbanga­n, makanan dan minuman, fi bagasi, pindahan penerbanga­n dan produk bebas cukai.

“Pendapatan sampingan adalah perniagaan margin tinggi dan merangsang pertumbuha­n bagi syarikat. Ia memberi sumbangan yang semakin besar kepada pendapatan kami dan menyediaka­n sumber hasil tambahan bagi menampan keadaan tidak menentu,” katanya. Beliau berkata, tahun lalu, pendapatan sampingan meningkat lebih 10 peratus kepada RM48 bagi setiap penumpang. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia