Harian Metro

10,000 dijangka sertai zumba

-

Kuala Lumpur: Watsons Malaysia, peruncit produk kecantikan dan kesihatan kembali dengan penganjura­n acara zumba tahunan iaitu Watsons Move Your Body Zumba 2017 yang dijangka mampu menarik lebih daripada 10,000 penyertaan pada kali ini.

Pengurus Besar dan Ketua Negaranya Caryn Loh berkata, acara tahunan zumba itu antara langkah utama menyokong kempen #GETACTIVE yang bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat dan mengukuhka­n Watsons sebagai lokasi beli-belah ideal bagi kecantikan dan kesihatan.

“Watsons dikenali sebagai juara dalam kempen inovatif dan memperkasa­kan komuniti di sekeliling dengan janji jenama ini iaitu ‘Look Good, Feel Great’, sekali gus terus menyeru warga Malaysia untuk menjadi sihat dan cergas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada tahun lalu, Watsons Move Your Body Zumba menjadi acara zumba terbesar di Malaysia dengan lebih 5,630 penyertaan tema Zumba ‘Glow In The Dark.

Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, edisi 2017 bakal dianjurkan pada 21 Oktober 2017 di Sunway Lagoon Surf Beach, di mana ia dijangka menarik lebih ramai penyertaan melalui kerjasama daripada organisasi zumba antarabang­sa di Amerika Syarikat iaitu Zumba Fitness.

Menurutnya, Watsons Move Your Body Zumba akan menjadi acara yang ikonik buat kali keempat dianjurkan di mana ia ganjaran khas buat pelanggan dengan pembabitan tenaga pengajar zumba antarabang­sa dan juruhebah terkemuka untuk menghiburk­an peserta.

“Larian acara ini termasuk kelas Zumba dan Zumba Fitness di seluruh negara akan berlangsun­g di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan Lembah Klang,” katanya.

Peminat zumba dan ahli VIP Watsons boleh membeli tiket pada harga RM98 di semua cawangan Watsons di Lembah Klang dan Seremban atau membeli secara dalam talian dengan tiket akan dijual bermula 1 Jun 2017.

Orang ramai dan ahli VIP Watsons akan mendapat potongan harga tiket 20 peratus apabila mereka membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian dalam Watson Move Your Body Zumba 2017.

 ??  ?? CARYN (lima dari kanan) dan Danny (tiga dari kanan) bersama barisan selebriti dan juruhebah pada majlis pelancaran rasmi Watsons Move Your Body Zumba 2017 di Kuala Lumpur.
CARYN (lima dari kanan) dan Danny (tiga dari kanan) bersama barisan selebriti dan juruhebah pada majlis pelancaran rasmi Watsons Move Your Body Zumba 2017 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia