Harian Metro

Hadiah peralatan dapur

 Peraduan Julie’s Fiesta sedia hadiah barangan RM50,000

- Kuala Lumpur

Julie’s menawarkan hadiah berupa peralatan dapur Cornell bernilai sehingga RM50,000 melalui peraduan Julie’s Fiesta yang bermula 1 Mei hinggga 30 Jun depan.

Untuk menyertai peraduan berkenaan, pelanggan perlu membeli biskut Julie’s bernilai RM10 ke atas termasuk Julie’s Butter Crackers 200g ataupun 360g dalam resit tunggal di mana-mana pasar raya terdekat.

Pelanggan hanya perlu menjawab satu soalan mudah dan kirimkan borang penyertaan lengkap serta resit ke alamat yang ditentukan.

Pelanggan juga boleh menghantar penyertaan melalui aplikasi BrandCode yang dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Muat naik resit asal dengan menggunaka­n aplikasi BrandCode, jawab satu soalan ringkas dan isikan maklumat peribadi.

Pelanggan berpeluang memenangi peralatan elektrik Cornell termasuk periuk elektrik, oven, periuk nasi, pengisar buah-buahan, pendingin hawa dan pelbagai lagi peralatan dapur.

Selain itu, pelanggan yang menyertai dengan aplikasi BrandCode juga boleh mendapat mata ganjaran bernilai dua kali ganda yang kemudian boleh dituntut dengan pelbagai baucar.

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pemenang hadiah pertama akan memenangi peralatan elektrik Cornell bernilai RM10,000.

Dua pemenang hadiah kedua pula akan memenangi peralatan elektrik Cornell bernilai RM5,000 setiap seorang, manakala tiga pemenang hadiah ketiga akan memenangi barangan elektrik Cornell bernilai RM3,000 setiap seorang.

Selain itu, Julie’s juga menyediaka­n 20 hadiah sagu hati iaitu peralatan elektrik Cornell bernilai RM900.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia