Harian Metro

DIREJAM GUNA EPAL

- Agensi

Anggota polis disiasat selepas hukum pencuri dengan cara tersendiri

Lima anggota polis disiasat selepas satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukka­n mereka merejam sekumpulan pencuri dengan epal.

Rakaman video itu menunjukka­n empat lelaki yang ditangkap mencuri epal diarah berdiri di tepi sebatang jalan di Theewaters­kloof di Wastern Cape.

Beberapa anggota polis kemudianny­a dilihat mengambil beberapa epal yang dirampas daripada kumpulan pencuri itu dan terus merejam mereka dengan buah berkenaan.

Lelaki itu dilihat cuba melindungi diri dan menjerit kesakitan apabila epal berkenaan yang dibaling mengenai tubuh mereka.

Anggota polis itu dilihat membaling epal berkenaan sekuat hati dan mengenai bahagian belakang, kepala serta kaki pencuri itu.

Beberapa anggota polis lagi hanya ketawa dan ada yang mengeluark­an kata-kata kesat terhadap kumpulan pencuri berkenaan.

Video berkenaan dimuat naik di media sosial baru-baru ini hingga menjadi tular di Internet.

Bagaimanap­un, ramai pengguna media sosial mengecam tindakan anggota polis berkenaan yang dianggap sebagai tidak berperikem­anusiaan.

Beberapa aktivis

juga menganggap tindakan anggota polis itu sebagai melanggar hak asasi manusia.

Seorang lelaki, Kevi van Wyk yang memuat naik video berkenaan di Facebook berkata, pencuri berkenaan ditangkap polis ketika mencuri epal di sebuah ladang sebelum dibawa ke kawasan pergununga­n untuk dihukum.

Katanya, seorang wanita yang memberikan video itu kepadanya juga mempunyai video kedua menunjukka­n seorang pencuri dibogelkan sebelum dibelasah anggota polis berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n beberapa anggota polis membaling epal ke arah sekumpulan pencuri yang ditangkap di Theewaters­kloof di Wastern Cape, Afrika Selatan. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n beberapa anggota polis membaling epal ke arah sekumpulan pencuri yang ditangkap di Theewaters­kloof di Wastern Cape, Afrika Selatan. - Agensi
 ??  ?? ANGGOTA polis membaling epal sekuat hati menyebabka­n badan pencuri berkenaan dilaporkan lebam. - Agensi
ANGGOTA polis membaling epal sekuat hati menyebabka­n badan pencuri berkenaan dilaporkan lebam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia