Harian Metro

Rizieq jadi suspek

Pemimpin FPI bakal didakwa atas tuduhan berbalas mesej lucah

- Agensi

FAKTA Pemimpin itu kini berada di Arab Saudi dan dilaporkan enggan kembali semula ke Indonesia

Polis Jakarta semalam secara rasmi menamakan ulama kontrovers­i dan pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI), Rizieq Shihab sebagai suspek kes berbalas mesej lucah dengan seorang wanita.

Rizieq dinamakan sebagai suspek tanpa disoal siasat selepas dia dua kali gagal hadir apabila dipanggil polis pada April dan Mei lalu.

“Penyiasat di unit jenayah khas polis Jakarta menaikkan status Rizieq daripada saksi kepada suspek,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono kepada Jakarta Post semalam.

Argo memberitah­u, penyiasat mempunyai bukti kukuh untuk menamakan Rizieq sebagai suspek.

“Dia bakal didakwa mengikut artikel 4, 6 dan 8 undang-undang pornografi 2008,” katanya.

Menamakan seseorang sebagai suspek adalah proses undang-undang di Indonesia yang menunjukka­n polis mempunyai bukti untuk mendakwa tertuduh di mahkamah.

Pemimpin itu kini berada di Arab Saudi dan dilaporkan enggan kembali semula ke Indonesia sehingga kes itu ditarik balik.

Rizieq disiasat polis susulan penyebaran mesej dan gambar lucah melalui aplikasi WhatApp suspek dengan aktivis politik, Firza Husein.

Sementara itu, Firza dinamakan sebagai suspek bagi kes sama pada 16 Mei lalu.

Rizieq adalah pemimpin utama yang menggerakk­an kumpulan Islam menentang bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama kerana menghina al-Quran.

Basuki atau dikenali sebagai Ahok kini dipenjarak­an selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina Islam.

Sementara itu, peguam Rizieq, Sugito Atmo Pawiro menyelar pihak polis kerana tidak memburu pihak yang menyebarka­n mesej yang didakwa antara kedua-dua suspek.

“Kami sudah pasti akan menentang kes ini kerana ia tidak benar,” tegasnya.

 ??  ?? RIZIEQ
RIZIEQ
 ??  ?? FIRZA
FIRZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia