Harian Metro

Padah ‘bangga’ rakam serangan Elak merebak

- Reuters

New Delhi: Tiga lelaki ditahan selepas muncul satu rakaman video menunjukka­n mereka menyerang dua wanita secara seksual, dengan hanya dipandang puluhan orang lain yang langsung tidak mengendahk­an jeritan mangsa meminta bantuan.

Video kabur yang disiarkan stesen televisyen India itu menunjukka­n lelaki terbabit meraba serta menolak wanita berkenaan di Uttar Pradesh, sementara orang awam hanya ketawa dan merakam kejadian sebelum memuat naiknya ke media sosial.

Kejadian itu berlaku minggu lalu di sebuah perkampung­an terpencil di daerah Rampur apabila sekumpulan lelaki mengelilin­gi dua wanita berkenaan yang usia dan identiti mereka tidak didedahkan.

“Kami sudah menahan tiga dalang utama kejadian dan berharap dapat menangkap seorang lagi tidak lama lagi,” kata pegawai kanan polis Rampur, Mohammad Tariq.

Polis menganalis­is rakaman berkenaan dan membuat kesimpulan terdapat empat penyerang utama selain akan turut menyiasat orang awam yang berkumpul melihat kejadian, katanya. - AFP

Perintah berkurung dilaksanak­an di Iligan susulan kebimbanga­n pemberonta­k Maute turut menyelinap masuk bersama penduduk Marawi yang melarikan diri pada hari ketujuh pertempura­n di situ.

Pertempura­n di Marawi - 38 kilometer dari Iligan - dengan kumpulan Maute adalah cabaran terbesar Presiden Rodrigo Duterte sepanjang 11 bulan pemerintah­annya, apabila kumpulan itu masih mengawal sebahagian bandar serta berjaya menangkis serangan udara helikopter dan komando di darat.

Sebahagian 200,000 penduduk Marawi sudah meninggalk­an bandar itu, kebanyakan­nya ke Iligan seterusnya mencetuska­n kebimbanga­n pihak berkuasa bahawa pemberonta­k menyorok dalam kalangan orang awam untuk melaksanak­an serangan baru.

“Kami tidak mahu per- tempuran di Marawi merebak ke Iligan.

“Kami akan memastikan keselamata­n penduduk di sini dengan menghalang militan masuk melaksanak­an aktiviti keganasan,” kata ketua Batalion Infantri Mekanikal Keempat, Kolonel Alex Aduca kepada radio DZMM. Menurutnya, beberapa pemberonta­k ditangkap ketika cuba masuk ke Iligan.

Sementara itu, jurucakap tentera Filipina Restituto Pa-

Perintah berkurung di Iligan sebagai langkah halang pertempura­n melimpah dari Marawi

dilla semalam berkata operasi di Marawi semakin berjaya merampas semula kawasan dipegang kumpulan itu.

“Komander kami di darat berkata ia akan ditamatkan tidak lama lagi. Buat masa ini kami berusaha mengasingk­an pemberonta­k,” katanya.

Seramai 61 militan, 20 anggota keselamata­n dan 19 orang awam maut sejak Selasa lalu, apabila pemberonta­k Maute mencetuska­n pertempura­n di Marawi selepas kegagalan tentera Filipina menangkap Isnilon Hapilon yang dikaitkan dengan Daish.

Kemampuan Maute bertahan melawan tentera kerajaan selama tujuh hari lalu menambahka­n kebimbanga­n ideologi radikal Daish tersebar di selatan Filipina dan menjadi pusat perlindung­an militan termasuk dari Indonesia serta Malaysia.

Tentera percaya Maute melaksanak­an serangan sebelum Ramadan untuk menarik perhatian Daish dan diiktiraf sebagai sekutunya di Asia Tenggara.

Sementara itu, saksi di Marawi mendakwa melihat militan mengibarka­n bendera Daish dan memakai pakaian berwarna hitam bersama balutan kain dikepala yang biasa dipakai anggota kumpulan berkenaan.

 ??  ?? SEORANG penduduk kampung mengikat bendera putih di atas kenderaann­ya di Marawi. - EPA
SEORANG penduduk kampung mengikat bendera putih di atas kenderaann­ya di Marawi. - EPA
 ??  ?? RAKAMAN kabur yang menjadi tular menunjukka­n serangan itu. - Agensi
RAKAMAN kabur yang menjadi tular menunjukka­n serangan itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia