Harian Metro

Terbuka Thailand jadi medan pemanas badan

-

Kuala Lumpur: Empat kejohanan termasuk Terbuka Thailand yang bermula esok menjadi medan terbaik buat pemain beregu wanita negara Yap Cheng Wen bagi mempersiap­kan diri sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui kali ini dia tidak lagi berasa gementar seperti tahun lalu selepas turun kali kedua pada kejohanan itu cuma berbeza gandingan.

“Sudah pasti saya mahu beraksi atau mara lebih jauh berbanding tahun lalu. Ketika berganding­an dengan Joyce Choong kami terkandas di pusingan kedua dan kali ini sekurang-kurangnya saya mahu mara hingga ke pusingan ketiga,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Cheng Wen yang berganding­an dengan pemain senior, Lim Yin Loo mengakui dia amat teruja dan tidak sabar untuk ke Glasgow selepas mendapat tahu nama mereka tersenarai serta diberi lampu hijau oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya amat gembira dan berjanji akan memberikan persembaha­n terbaik di sana nanti. Kalau tidak salah saya kami akan mempunyai empat kejohanan yang boleh dianggap sebagai persiapan ke Kejohanan Dunia, termasuk Terbuka Thailand minggu ini.

“Apa yang perlu diperbaiki sebelum beraksi di kejohanan itu saya rasa ia berkaitan dengan kekuatan mental kami. Dari segi permainan pula saya rasa kami perlu mempunyai pukulan berkualiti,” katanya.

Pada Terbuka Thailand mereka diletakkan sebagai pilihan ketiga dan akan memulakan aksi pusingan pertama esok berdepan pasangan tuan rumah, Suchanya Kanchanasa­ka-Kornkamon Sukkad.

Berdasarka­n ranking terkini yang dikeluarka­n oleh Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) Khamis lalu, Yin Loo-Cheng Wen berada di tangga ke-22 dan gandingan kedua terbaik negara di belakang pasangan utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei (13).

 ??  ?? CHENG Wen (depan) akui kini sudah tidak gementar.
CHENG Wen (depan) akui kini sudah tidak gementar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia