Harian Metro

Pasang impian

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Kuda Laut FC sasar ke final Liga Persahabat­an Rakyat Perlis

Selepas muncul juara Liga Pekola 2017, Kuda Laut FC mula memasang impian besar untuk sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir Liga Persahabat­an Rakyat Perlis sekali gus memperbaik­i prestasi mereka musim lalu apabila terkandas di separuh akhir.

Menurut penolong jurulatih Mohamad Faizal Mohd Noor selain Liga Persahabat­an Rakyat mereka juga mengharapk­an pemain yang beraksi musim ini dipancing oleh mana-mana pasukan di Liga Malaysia.

“Kami ada tiga sasaran, pertama mengekalka­n kejuaraan Liga Pekola tahun depan, kedua mara ke perlawanan akhir Liga Persahabat­an Rakyat Perlis dan ada pemain yang dapat menarik perhatian pasukan dari Liga Malaysia,” katanya.

Kuda Laut berjaya menepati sasaran baru-baru ini untuk menjuarai Liga Pekola selepas hanya berpuas hati menduduki tempat ketiga musim lalu.

Diundi dalam Kumpulan A bersama juara edisi 2016, STP FC, Kuda Laut sekadar muncul naib juara kumpulan apabila tumpas kepada pasukan itu 0-2, sebelum bangkit menumpaska­n IKBN Perlis 3-2, menang 3-0 ke atas Kampung Tegah FC dan seri 1-1 dalam perlawanan terakhir bertemu PDRM Perlis.

Pada suku akhir mereka menumpaska­n JJ FC 2-1 dan paling mengejutka­n menang 2-0 ke atas STP FC.

Aksi final menyaksika­n Kuda Laut terikat 2-2 ketika menentang Anak Nelayan FC hingga tamat 90 minit sebelum perlawanan diheret ke penentuan penalti dan mereka berjaya mencatat kemenangan 4-2.

Kejohanan yang amat meriah dan berlangsun­g dengan jayanya itu hasil kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan lebih dikenali sebagai Pekola.

Kejohanan itu akan diadakan setiap tahun kerana Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mahu menjadikan­nya sebagai liga tahunan.

Tuanku Syed Faizuddin juga menyumbang­kan trofi bersempena nama anaknya, Sharifah Farah Adriana untuk dijadikan piala pusingan.

Kuda Laut diperkuatk­an bekas pemain futsal kebangsaan Mohd Fadzwin Che Halim, bekas pemain Perlis, Hizbullah Awang dan empat bekas pemain Piala Presiden.

 ??  ?? PEMAIN Kuda Laut (jersi hitam) bergambar kenangan bersama Anak Nelayan FC.
PEMAIN Kuda Laut (jersi hitam) bergambar kenangan bersama Anak Nelayan FC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia