Harian Metro

Angelique kecundang

-

Angelique Kerber muncul pemain pilihan utama pertama tersingkir pada pusingan pertama Roland Garros ketika Petra Kvitova meraih kemenangan sulung selepas insiden diserang dengan pisau yang hampir menamatkan kariernya.

Angelique, pemain nombor satu dunia dari Jerman yang juga juara Terbuka AS, tewas servisnya enam kali sebelum tewas 6-2, 6-2 kepada pemain Russia Ekaterina Makarova.

“Tekanan sentiasa hebat terutamany­a dalam kejohanan besar dan Grand Slam,” kata Angelique yang menjuarai kejohanan utama pertamanya di Terbuka Australia 2016.

“Saya perlu memperbaik­i diri dan cuba melupakan musim tanah liat secepat mungkin dan mula memberi tumpuan terhadap gelanggang rumput.”

Ia kekalahan pusingan pertama kali kedua berturut-turut buat Angelique dan meneruskan aksi mengecewak­an

(gambar)

buat pemain berusia 29 tahun itu di gelanggang tanah liat.

Dia tewas pada perlawanan pertamanya di Stuttgart biarpun tampil sebagai juara bertahan, mengalami kecederaan paha pada pusingan ketiga di Madrid dan tewas buat kali pertama di Rome.

 Pemain No 1 dunia itu tewas di tangan Ekaterina

“Pada akhir perlawanan, ia memang sukar kerana saya sedar dia tidak akan memberikan peluang kepada saya, saya perlu memenangin­ya,” kata Ekaterina, yang pernah layak ke separuh akhir Terbuka Australia dan AS.

Kekalahan

Angelique menjadikan saingan lebih terbuka dengan Serena Williams, Maria Sharapova dan Victoria Azarenka tidak bermain.

Petra, juara Wimbledon dua kali mengatasi pemain AS Julia Boserup 6-3, 6-2, melutut ketika meraikan kemenangan­nya sebelum menangis di tengah gelanggang.

“Saya gembira dengan keputusan bermain di sini,” kata Petra, 27, yang cedera teruk ketika bergelut dengan perompak bersenjata­kan pisau yang memecah masuk rumahnya di Prostejov, bandar di timur Republik Czech, Disember lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia