Harian Metro

DEBARAN BUAT REAL

- AFP

Madrid

Biarpun sering dikaitkan dengan kejayaan Piala Eropah, Zinedine Zidane dan Real Madrid bakal mencipta sejarah tersendiri pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus di Cardiff Sabtu ini.

Sejak Piala Eropah dijenamaka­n kembali dan dikembangk­an sebagai Liga Juara-Juara pada 1992, tiada pasukan yang mampu mempertaha­nkan gelaran itu.

Bagaimanap­un, 18 bulan selepas menggalas tugas se- bagai pengurus skuad senior, Zidane semakin hampir menempatka­n dirinya untuk menjadi jurulatih ke-20 menjuarai pertanding­an itu dua kali.

Apatah lagi, gelaran Eropah ke-12 buat Madrid akan mengesahka­n kembali status mereka sebagai raja Eropah dengan gelaran Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh empat musim.

“Saya seorang jurulatih bermakna saya sudah melakukan sesuatu yang betul tapi semua orang dalam skuad ini menjalanka­n tugas luar biasa,” kata Zidane selepas Real berjaya mengatasi Atletico Madrid pada separuh akhir.

Zidane mempunyai sentuhan tersendiri terhadap empat kunjungan Real ke final.

Beliau menjaringk­an salah satu daripada gol terhebat pada final Liga Juara-Juara untuk menewaskan Bayer Leverkusen sewaktu menjadi pemain pada 2002 dan juga sebahagian daripada kakitangan kejurulati­han Carlo Ancelotti yang menamatkan penantian 12 tahun untuk Madrid menjulang Piala Eropah buat kali ke-10 pada 2014.

Zidane kemudianny­a pergi lebih jauh dengan menyertai Ancelotti sebagai salah seorang daripada tujuh individu menjuarai pertanding­an itu sebagai pemain dan pengurus apabila Real menewaskan Atletico menerusi penalti di Milan pada perlawanan akhir tahun lalu.

Real kini kembali ke pertanding­an elit bola sepak Eropah musim ini dengan mengendali­kan kelab itu sepanjang musim.

Biarpun Madrid bernasib baik dari segi undian berbanding musim lalu, anak buah Zidane berjaya mengatasi kelincahan Napoli, kehebatan

 Zidane tak sabar cipta sejarah gemilang bersama Galacticos

Bayern Munich dan semangat Atletico untuk membawa mereka ke Cardiff.

Apa yang menariknya, mereka melakukann­ya dengan mengatasi dominasi Barcelona apabila menjuarai La Liga buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dan menjulang Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia awal musim ini.

“Ia hari paling menggembir­akan sepanjang karier profesiona­l saya,” kata Zidane, juara Piala Dunia bersama Perancis pada 1998, selepas menjuarai liga itu minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia