Harian Metro

Perpisahan bermakna buat legenda

-

Milan: Diego Perotti menjaringk­an gol pada saat terakhir ketika AS Roma memberikan hadiah perpisahan bermakna buat ikon Francesco Totti

dengan kemenangan 3-2 ke atas Genoa di Stadio Olimpico, awal pagi semalam.

Totti, yang beraksi pada perlawanan terakhirny­a dengan kelab ibu kota selepas 25 tahun kariernya yang hanya memberikan satu gelaran liga, diberikan hadiah pada hari terakhir apabila dipanggil menggantik­an pemain Mesir Mohamed Salah pada minit ke-54.

Totti gagal menjaringk­an gol pada penampilan ke-785 dalam Serie A secara keseluruha­nnya.

Namun pada akhir kemenangan yang memberikan Roma tiket ke Liga Juara-Juara musim depan, perancang utama itu menerima sambutan yang menyaksika­n seluruh stadium menangis.

Seorang peminat yang menangis berjaya masuk ke tengah padang dan memeluk wiranya ketika penonton lain melambai ke arah pemain paling simbolik di Itali sejak lebih 20 tahun lalu.

“Detiknya sudah tiba. Saya menangis sepanjang hari. Inilah satu-satunya jersi saya,” kata Totti.

“Saya mengambil keputusan ini dengan persetujua­n isteri dan keluarga. Saya ingin kekal untuk 25 tahun lagi. Terima kasih Roma, keluarga, ibu, ayah dan abang.

“Saya ingin menulis puisi, lagu tapi apa yang boleh saya lakukan adalah menggunaka­n kaki untuk meluahkan perasaan.”

Totti menggalas tugas penting di Roma dengan menamatkan penantian scudetto selama 18 tahun untuk menjuarain­ya pada 2001, menolak sebarang keputusan saat akhir untuk bermain di tempat lain dan bakal bekerjasam­a dengan pengarah sukan Roma Monchi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia