Harian Metro

51,000 ucap selamat tinggal Vicente Calderon

-

Madrid: Seramai 51,000 penyokong mengucapka­n selamat tinggal kepada stadium Atletico Madrid, Vicente Calderon semalam, berulang kali menyanyika­n lagu rasmi kelab itu ketika menyaksika­n legenda kelab itu tewas 4-5 dalam perlawanan amal kepada kesebelasa­n terbaik dunia yang dibintangi Ronaldinho.

Pemain kelab ketika ini Fernando Torres, Gabi dan Koke mewakili Atletico bersama pemain legenda seperti Diego Forlan.

Perlawanan itu lebih mendapat tumpuan penonton berbanding final Piala Raja Sepanyol antara Barcelona dan Alaves pada malam sebelum itu yang membolehka­n penyokong mengucapka­n selamat tinggal kepada stadium kelab itu yang akan dirobohkan selepas berbakti selama 51 tahun.

Juara La Liga 10 kali itu meninggalk­an stadium yang dinamakan sempena bekas presiden kelab di selatan bandar itu ke stadium Wanda Metropolit­ano yang mampu memuatkan 68,000 penonton di kawasan San Blas di timur laut ibu negara itu.

Stadium baru itu dirancang pembinaann­ya pada 2004 dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara Atletico dan kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona untuk memberikan Atletico stadium yang lebih moden berbanding Calderon yang kelihatan usang.

Penyokong sekian lama mengadu mengenai jaringan pengangkut­an stadium yang teruk dan kekurangan tempat letak kereta biarpun suasana di Calderon membayangk­an identiti pasukan mereka sebagai pasukan bukan pilihan di bandar yang dikongsi bersama dengan kelab gergasi Real Madrid.

Satu kain rentang sebelum aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real bulan lalu menggambar­kan imej Atletico, dengan kenyataan: “Bangga tidak menjadi seperti anda.”

Atletico bangkit daripada ketinggala­n 0-3 pada perlawanan pertama namun penyokong bersorak hebat ketika mereka menewaskan Real 2-1, tersingkir dari aksi Eropah 2-4 secara agregat tetapi pulang dengan rasa bangga. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia