Harian Metro

Mertesacke­r tutup mulut pengkritik

- AFP

 Aksi cemerlang kapten Arsenal bantu pasukan julang Piala FA

Per Mertesacke­r menyatakan peranan utamanya dalam kejayaan Arsenal menjulang Piala FA dibantu kritikan yang mendakwa zaman kegemilang­annya sudah berlalu.

Ketika pertahanan Arsenal terjejas akibat kecederaan dan penggantun­gan, pengurus Gunners Arsene Wenger memberikan Mertesacke­r penampilan pertamanya dalam kesebelasa­n utama dalam tempoh 392 hari dalam aksi menentang Chelsea di Stadium Wembley, Sabtu lalu.

Kecederaan lutut serius dialami tahun lalu menyebabka­n Mertesacke­r diketepika­n dan sebaik pemain Jerman itu kembali cergas, sukar untuknya mendapatka­n tempat dalam pasukan.

Pemain berusia 32 tahun itu beraksi selama 37 minit sepanjang musim selepas diturunkan dua minggu lalu ketika menewaskan Everton.

Namun, ketiadaan Laurent Koscielny, Gabriel dan Shkodran Mustafi tidak memberikan Wenger sebarang pilihan selain menurunkan Mertesacke­r.

Pertahanan tengah itu kemudianny­a beraksi cemerlang sebagai nadi kejayaan Arsenal yang menang 2-1.

Mertesacke­r, yang menjulang trofi itu sebagai kapten Arsenal, mendakwa peluang untuk menutup mulut pengkritik yang menafikan kemampuann­ya membantuny­a mempamerka­n aksi dominan.

“Saya berharap dapat bermain pada tahap itu setiap minggu,” katanya.

“Saya tidak tahu jika saya mampu, tapi saya sudah melakukann­ya selama 15 tahun. Lebih ramai yang menafikan kemampuan saya, saya menjadi semakin kuat. Itu yang saya rasakan.”

Biarpun beraksi dalam formasi tiga pertahanan buat kali pertama sepanjang kariernya, sikap dan kepemimpin­an Mertesacke­r amat penting dalam mengekang penyerang

Chelsea,

Diego

Costa dan perancang utama Eden Hazard.

“Saya berbesar hati dengan peluang ini,” kata Mertesacke­r.

“Saya mendapat kepercayaa­n daripada rakan sepasukan dan pengurus kerana sudah lama diketepika­n, saya menderita musim ini kerana mahu menyumbang di padang.”

 ??  ?? MERTESACKE­R (kanan) mengekang gerakan penggempur Chelsea Diego Costa pada aksi final Piala FA Sabtu lalu.
MERTESACKE­R (kanan) mengekang gerakan penggempur Chelsea Diego Costa pada aksi final Piala FA Sabtu lalu.
 ??  ?? MERTESACKE­R ceria julang trofi Piala FA.
MERTESACKE­R ceria julang trofi Piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia