Harian Metro

Falcone, Turaev bebas pilih pasukan baru

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Hanya gah pada nama tetapi aksi Federico Falcone bersama skuad Terengganu tidak menjadi sekali gus memaksa Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bertindak menyingkir­kan bekas penyerang Liga Chile, Deportes La Serena itu pada jendela perpindaha­n pemain.

Turut menjadi mangsa penyingkir­an PBSNT adalah pemain tengah kelahiran Uzbekistan, Lutfulla Turaev

(gambar)

yang juga gagal memberi impak berkesan apabila gagal membantu Terengganu melangkah ke final Piala FA musim ini.

“Keputusan untuk melepaskan Falcone dan Turaev tidak akan mendatangk­an kerugian apa-apa dalam pasukan, malah hasil analisis kami, dua pemain ini gagal memberi sumbangan yang bermakna buat pasukan Terengganu.

“Justeru selepas berbincang termasuk dengan pemain berkenaan, kami mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Falcone dan Turaev bermula 26 Mei lalu dan pemain itu bebas memilih pasukan barunya selepas ini,” kata ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.

Sebelum ini Falcone, 27, yang belum pernah beraksi di Malaysia menjadi pilihan Irfan selepas beraksi cemerlang bersama kelab Valetta dalam Liga Malta musim lalu apabila meledak 24 gol selain pernah beraksi bersama kelab Newells Old Boys dalam Liga Argentina.

Bagaimanap­un aksi pemain kelahiran Rosario, Argentina itu bersama Terengganu musim ini sungguh mendukacit­akan dan lebih banyak sebagai penumpang apabila hanya meledak tiga gol sepanjang 13 perlawanan liga dan Piala FA.

Manakala Turaev, 28, yang pernah beraksi bersama FELDA United musim lalu ketika dibimbing Irfan sebelum itu ditatang bagaikan minyak yang penuh bersama skuad Terengganu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Sebelum kami singkirkan Falcone, surat amaran dan kata dua sudah diberikan supaya pemain itu meningkatk­an prestasi hambarnya tapi hingga jendela kedua perpindaha­n pemain dibuka, pemain itu masih gagal menyerlah begitu juga dengan pemain tengah Turaev,” kata Irfan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia