Harian Metro

Pertembung­an hidup mati

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Mora tak mahu pemain bazir peluang robek Ceres di gelanggang lawan

Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Benjamin Mora menganggap pertembung­an menentang Ceres Negros FC pada separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Panaad, Bacolod City, malam esok ibarat misi hidup dan mati.

Biarpun berkelebih­an satu gol selepas Johor DT menang tipis 3-2 ke atas kelab dari Filipina itu pada separuh akhir pertama di Stadium Larkin, namun Mora tidak mahu selesa dengan keputusan itu sebaliknya menyifatka­n kedudukan masih 0-0.

Beliau juga menolak tanggapan Johor DT akan beraksi secara bertahan bagi mengekalka­n kemenangan lalu sebaliknya corak permainan terbuka dan memberi tekanan kepada taktikal menyerang akan dipraktikk­an pada perlawanan itu nanti.

“Ada baki 90 minit lagi dan kami tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan yang diraih tempoh hari malah penekanan sepanjang latihan tertumpu untuk memburu kemenangan dan mengelak daripada pasukan la- wan menguasai perlawanan.

“Ia ibarat final buat kami dan saya akan mempertaru­hkan kesebelasa­n terbaik selain menguatkan benteng pertahanan bagi mengelak posisi itu mudah dibolosi seperti yang berlaku pada separuh akhir pertama lalu dan persembaha­n mantap Marcos Antonio ditagih untuk menyekat percubaan berbahaya lawan.

“Barisan serangan Johor DT juga tidak boleh melepaskan peluang untuk menjaringk­an gol selepas kami terlepas untuk mencipta gol pada aksi lalu biarpun memiliki situasi merobek gawang lawan,” katanya.

Menurut Mora, persiapan skuad Harimau Selatan sepanjang bulan puasa tidak terjejas ketika semua pemain mempamerka­n kesungguha­n dan begitu bersemanga­t turun berlatih sejak hari pertama bulan Ramadan dan berlepas ke Filipina awal pagi kelmarin.

Malah, beliau mengingatk­an pemain Johor DT supaya berwaspada dengan kelicikan tiga tonggak utama Ceres, Bienvenido Maranon, Manuel Ott dan Fernando Rodriguez yang menjadi tunjang utama kelab dari Filipina itu apabila sering memaksa Johor DT bekerja keras mengekang gerakan berbahaya mereka.

Katanya, kemungkina­n anak didik Risto Vidakovic akan beraksi agresif untuk memburu gol awal pada aksi itu dan perancanga­n taktikal yang rapi dibuat bagi mengelak kelab dari Filipina itu mendominas­i perlawanan.

“Kami sedar kekuatan dan kelemahan pasukan itu dan mereka juga tahu apa yang dimiliki Johor DT dan saya anggap ia perlawanan seimbang malah kami akan turun habis-habisan untuk memburu kemenangan,” ujar Mora.

 ??  ?? PEMAIN Johor DT, Azrif Nasrulhaq (dua dari kiri) diasak pemain Ceres Negros FC pada aksi pertama di Larkin.
PEMAIN Johor DT, Azrif Nasrulhaq (dua dari kiri) diasak pemain Ceres Negros FC pada aksi pertama di Larkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia