Harian Metro

TIDAK RALAT TOLAK TAWARAN

Elfira mahukan watak benar-benar menarik dan berikan kepuasan

-

DARI MUKA 1

Elfira berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon telefilem tetapi disebabkan terlalu sibuk dia tidak puas atau gembira. Sepanjang berada di lokasi penggambar­an dia banyak tidur pada waktu rehat.

“Pastinya sebagai pelakon saya mahu memberikan yang terbaik selain dapat bergaul mesra dengan kru dan pelakon,” katanya.

Namun, Elfira tidak menolak jika ditawarkan watak menarik dan berlainan daripada yang pernah dia lakukan sebelum ini.

“Walaupun masih muda, sudah 11 tahun saya dalam bidang ini dan sudah banyak watak yang saya cuba. Kerana itulah saya tidak begitu ralat jika terpaksa menolak banyak tawaran berlakon.

“Namun begitu, jika watak itu dirasakan menarik dan mendapat pasukan produksi yang terbaik insya-Allah saya akan terima,” katanya.

Selain terikat memberi ceramah dan menguruska­n perniagaan, Elfira juga semakin aktif mengacara.

Tidak hanya program travelog yang penuh cabaran, Elfira juga aktif dalam mengendali­kan program bual bicara bercorak Islamik.

Baginya, sebagai pengacara dia perlu mencuba pelbagai jenis program dan tidak boleh hanya terikat dengan satu jenis saja.

“Saya kini mengacarak­an program Ramadan 101 yang sudah bersiaran di TV9 sepanjang Ramadan ini.

“Program ini bercorak bual bicara apabila saya bersama Ustaz Ilyas akan mengupas kisah yang pernah berlaku sepanjang Ramadan.

“Manakala Ustaz Ilyas akan memasukkan hadis yang sesuai dan ia cabaran baru untuk saya sebagai pengacara,” katanya.

Elfira berkata, ini adalah program yang paling susah dia lakukan namun berkat bantuan Ilyas yang ‘gila-gila’ orangnya segala-galanya menjadi mudah.

Teruja dipilih Duta Ramadan TV3 & TV9

Seronok dapat melakukan pelbagai aktiviti amal sepanjang Ramadan, Elfira dilantik buat kali ketiga menjadi duta Ramadan TV3 & TV9.

Menerusi kempen yang diberi nama Terima Kasih Ramadan 2017, selain Elfira, barisan artis lain yang terbabit ialah Ayda Jebat, Redza Rosli dan Mira Filzah.

Kempen ini memberi peluang Elfira dan rakan artis lain turun padang melakukan pelbagai aktiviti amal seperti Bazar Terima Kasih, Jom Masjid dan Skuad Terima Kasih.

Berkongsi perasaanny­a, Elfira berkata, dia sangat gembira dan teruja kerana diberi peluang sekali lagi untuk memegang tanggungja­wab sebagai duta program berkenaan.

“Saya suka terbabit dalam program ini kerana secara tidak langsung ia mengisi masa sepanjang Ramadan.

“Apatah lagi, saya memang suka berniaga dan membuka gerai di bazar Ramadan. Disebabkan sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk kempen bazar Ramadan saya menjadi lebih teruja kerana memang suka melakukan aktiviti seperti itu,” katanya.

Berkongsi kisah Ramadannya, Elfira juga sama seperti orang lain yang pernah melalui pengalaman makan sorok-sorok.

“Saya sama seperti orang lain yang melalui banyak pengalaman ketika Ramadan. Apa saja cara dan perangai nakal dengan makan soroksorok di bawah katil dan dalam bilik air semua saya lakukan.

“Namun disebabkan keluarga mengamalka­n cara siapa yang tidak puasa perlu makan di lantai saya perlu pastikan sentiasa puasa penuh.

“Rugilah apabila makan di lantai saya tidak boleh pilih-pilih makanan sedangkan di meja makan meriah dengan pelbagai juadah,” katanya.

 ??  ?? Pastinya sebagai pelakon
saya mahu memberikan yang terbaik selain dapat bergaul mesra dengan kru dan
pelakon
elfira
Pastinya sebagai pelakon saya mahu memberikan yang terbaik selain dapat bergaul mesra dengan kru dan pelakon elfira
 ?? FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ??
FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia