Harian Metro

Aman bangkit semula

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pertemuan dengan pengurus baru dan kenalan bergelar Datuk beri semangat baru

Selepas meninggalk­an Akademi Fantasia 2014, Aman Aziz mencuri perhatian menerusi lagu Without You.

Namun, entah di mana silapnya setahun selepas itu Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman Abdul Aziz terus menyepi.

Aman yang juga naib juara program itu mengakui seolaholah tidak dipandang lagi dalam bidang seni walaupun ketika itu dia muncul dengan single kedua berjudul Layang Layang.

Perkara itu membuatkan Aman putus asa dan mengambil keputusan menyepi seketika.

“Betul, saya agak terasa apabila nama jadi sendu dan tak laku. Saya hanya sempat merasa nikmat populariti selama setahun menerusi lagu Without You.

“Bagaimanap­un, apabila memasuki tahun kedua semuanya berubah. Kerjaya saya menjunam dan terus hilang. Keadaan itu membuatkan saya sangat kecewa hingga putus asa,” katanya.

Pada masa sama, Aman juga mengakui dia putus cinta. Khabar duka yang datang serentak itu memaksa Aman membotakka­n kepala kerana berasakan dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

“Saya tak menyalahka­n pihak lain apabila putus cinta. Ia datang daripada diri sendiri yang takut dengan sebarang komitmen. Lagipun, ketika itu pendapatan tak menentu.

“Sejak itu saya berubah menjadi ‘moody’, kurang bergaul dan lebih suka menyendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, pada awal tahun ini Aman bangkit semula selepas kontraknya dengan Astro tamat.

Pertemuan dengan pengurus baru dan seorang kenalan bergelar Datuk memberi semangat baru untuknya terus berada dalam industri muzik.

“Selepas berjumpa mereka, saya berasakan ada sinar baru dalam hidup dan kerjaya. Mereka meniup semangat baru untuk saya selain banyak membantu. Paling penting saya semakin berani menghadiri sebarang acara.

“Saya tak kisah bermula dari bawah. Saya juga tak ambil peduli apa orang kata, asal saja tahu apa yang dilakukan. Saya menganggap ini adalah peluang kedua,” katanya.

Sebagai permulaan, Aman bakal muncul dengan single terbaru pada September ini.

Mengenai kerjaya lakonan pula, Aman yang pernah berlakon dalam beberapa telefilem mengakui tawaran berkuranga­n kerana penampilan­nya yang kurus dan menggunaka­n pendakap gigi.

“Ramai menyaranka­n saya pergi gimnasium untuk membina badan. Alasannya jika dalam kaca TV nampak lebih menarik. Disebabkan itu saya kini dalam proses ke arah itu.

“Pada masa sama, saya juga tampil dengan imej baru yang tampak lebih matang. Terima kasih kepada jurugaya yang banyak membantu,” katanya yang turut mencuba nasib dalam perniagaan baju Melayu.

Mereka meniup semangat baru untuk saya selain banyak membantu.

Paling penting saya semakin berani menghadiri sebarang acara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia