Harian Metro

Selesa muzik hip hop

-

Syahiran tak bimbang populariti­nya tidak setanding pendatang baru lain

“Saya sentiasa berpegang teguh kepada apa yang saya percaya terbaik untuk diri saya. Memilih lagu berentak rancak nyata lebih selesa buat saya dan ia jauh lebih universal.

“Saya jadikan ia kelebihan buat diri untuk tampil berbeza dalam kalangan pendatang baru yang ada sekarang,” katanya.

Bernaung di bawah pengurusan Paranormal Records, Syahiran juga menyimpan misi untuk pergi jauh dalam industri muzik.

Disebabkan itulah dia memilih genre muzik yang lebih ke arah antarabang­sa dalam merealisas­ikan misinya itu.

“Sejak dulu, saya memang idamkan muzik yang ada bunyi antarabang­sa supaya ia lebih senang dinikmati peminat luar negara.

“Saya ada sasaran sendiri dan berharap suatu hari nanti mendapat perhatian di negara lain. Kalau boleh sampai ke tahap di Barat,” katanya.

Syahiran sebenarnya bukanlah nama yang baru. Sebelum ini, dirinya jadi perhatian kerana bakat besarnya dalam beatbox.

Tampil dengan single terbaru berjudul If I Could Go Back, kini dia berharap laluannya dalam industri akan terbuka kembali.

Mana tidak, terdahulu pernah tampil dengan single berjudul Biarkan Aku nyata kurang memberikan impak terhadap dirinya.

“Pertamanya, saya berharap lagu itu akan diterima baik dan meninggalk­an impak tersendiri.

“Bukan mahu tunjuk bagus, tapi lagu itu memang ada kelebihan sendiri dan sedap.

“Berbekalka­n If I

Could Go Back, saya juga berharap ia berjaya mengembali­kan perhatian peminat kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syahiran juga tidak mahu sekadar menyanyi semata-mata.

Menurutnya, dia mahu benar-benar menjadi penyanyi berilmu.

“Saya sekarang mendalami ilmu penulisan lagu kerana itulah yang saya mahukan untuk muzik saya. Menulis sendiri lirik dan lagu akan menjadikan sesuatu karya lebih bermakna,” katanya.

 ?? FOTO ?? SYAHIRAN tampil dengan single baru berjudul If I Could Go Back.
FOTO SYAHIRAN tampil dengan single baru berjudul If I Could Go Back.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia