Harian Metro

RANCANG SEKUEL

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Barisan pelakon wanita filem Baywatch bakal kembali beraksi

Selepas menamatkan siarannya 16 tahun lalu, siri televisyen popular 1990-an Baywatch kembali dengan jalan cerita segar dan barisan pelakon baru.

Namun, filem arahan Seth Gordon itu dikatakan gagal mencapai sasaran jualan tiket selepas ditayangka­n di Amerika Syarikat 25 Mei lalu walaupun mengetenga­hkan barisan pelakon popular seperti Dwayne Johnson, Zac Efron dan Priyanka Chopra.

Ia turut menyaksika­n penampilan istimewa pelakon asal Baywatch, Pamela Anderson dan David Hasselhoff yang membawa watak berbeza.

Bukan saja gagal bersaing dengan Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge, filem ini turut menerima ulasan kurang memuaskan daripada penonton di laman sosial serta diberikan markah tontonan rendah iaitu 18 peratus oleh laman web filem Rotten Tomatoes.

Antara kritikan terhadap Baywatch menyentuh skrip yang dikatakan mengetenga­hkan lawak kurang menjadi.

Pun begitu, Paramount Pictures mempunyai perancanga­n menghasilk­an sekuel Baywatch dan sudah ada jalan cerita untuknya.

Menurut produser Beau Flynn, penulis skrip Damian Shannon dan Mark Swift akan kembali mengembang­kan kisah baru Baywatch.

“Yang pastinya, Johnson, Efron dan barisan pelakon wanita akan kembali berlakon.

“Kami ada idea untuk meletakkan mereka dalam dunia baru dan mungkin membabitka­n penggambar­an di luar negara,” katanya.

Pelakon Kelly Rohrbach dan Alexandra Daddario ketika ditemu bual Variety memberi maklum balas positif ketika ditanyakan sekiranya berminat untuk berlakon dalam sekuel Baywatch.

Sementara itu, Priyanka yang membesar menonton Baywatch mendedahka­n ketika muda menyangka rakyat Amerika Syarikat merupai watak dalam Baywatch.

“Siri itu sangat popular dan saya ingat orang Amerika Syarikat kelihatan seperti watak dalam Baywatch selain mempunyai rambut perang. Malah, saya ingat Amerika Syarikat banyak pantai.

 ??  ?? PENGGAMBAR­AN dilakukan di pantai Florida.
PENGGAMBAR­AN dilakukan di pantai Florida.
 ??  ?? MENGGANDIN­GKAN Dwayne Johnson dengan Zac Efron.
MENGGANDIN­GKAN Dwayne Johnson dengan Zac Efron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia