Harian Metro

Al-Manna semakin dikenali

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepas kejayaan single Ajarkan Aku Setia pada 2015, laluan seni kumpulan Nasyid, Al-Manna semakin membuahkan harapan.

Banyak perubahan dilalui kumpulan dianggotai empat vokalis muda bernama Muhammad Firdaus Arshad (Firdaus), Fahimi Indra Pramanta

Didi Indra (Fahimi),

Mohd Shahnizam Mohd Sa’ad (Shah) dan Mior Muhammad Ariff Mior Mokhtar (Mior) sepanjang tiga tahun mencanai bakat dalam industri muzik tanah air.

Kehadiran Al-Manna turut memberi saingan sengit kepada kumpulan nasyid sedia ada apabila Ajarkan Aku Setia menambat hati pendengar dan menduduki tangga teratas dalam carta lagu nasyid tempatan.

Lebih mengujakan, lagu ciptaan Bazli Hazwan daripada kumpulan UNIC itu turut mendapat putaran tinggi di beberapa stesen radio Indonesia.

Barangkali kelainan yang ditampilka­n Al-Manna dengan membawa genre pop nasyid membuatkan nama kumpulan ini semakin diterima.

“Alhamdulil­lah, kami sangat bersyukur Ajarkan Aku Setia berjaya menaikkan nama kami sehingga dikenali ramai.

“Asalnya kami meletakkan sasaran selama lima tahun untuk memastikan nama Al-Manna dikenali sepenuhnya. Bagaimanap­un kami tidak sangka Al-Manna pantas mendapat tempat dalam industri muzik dan

Ajarkan Aku Setia menambat hati pendengar dan menduduki

tangga teratas dalam carta lagu nasyid tempatan

menduduki carta radio nasyid tanah air,” kata Firdaus.

Menurut Firdaus, walaupun berdepan banyak saingan, kumpulan itu tidak pernah mengambil pusing kerana menganggap kerjaya mereka sebagai satu bentuk dakwah.

“Bagi kami, memilih jalan seni sebagai kerjaya bukan untuk bersaing sebaliknya tanggungja­wab untuk berkongsi dan menyebarka­n mesej positif mengenai Islam kepada pendengar.

“Kalau ada pun pihak yang nak bersaing, ia adalah batu loncatan untuk kami menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Bercerita mengenai perkembang­an terbaru Al-Manna, Fahimi berkata, mereka kini tampil dengan single berjudul Jalan ciptaan Napie Hassan.

Menurut Fahimi, selepas kejayaan single Ajarkan AKu Setia, mereka kembali mempertaru­hkan formula sama dengan membawakan lagu itu.

“Kami menerima respons positif menerusi lagu Ajarkan Aku Setia. Oleh itu, kami bersepakat mengekalka­n genre pop sebagai halu tuju muzik kami.

“Lagu ini sebenarnya disimpan sejak tahun

2010 oleh Napie kerana tidak menjumpai penyanyi solo yang sesuai membawakan­nya.

“Bagaimanap­un, selepas Napie mendengar lagu Ajarkan Aku Setia, dia tertarik memberikan lagu Jalan kepada kami,” katanya.

 ??  ?? Kami menerima respons positif menerusi lagu Ajarkan Aku Setia. Oleh itu kami bersepakat mengekalka­n genre pop sebagai halu tuju muzik kami
Kami menerima respons positif menerusi lagu Ajarkan Aku Setia. Oleh itu kami bersepakat mengekalka­n genre pop sebagai halu tuju muzik kami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia