Harian Metro

Hibur pengunjung berbuka

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Usaha YA1M bantu artis cari pendapatan pada bulan puasa

Sebagai badan yang diberi tanggungja­wab menjaga kebajikan artis, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) sentiasa mencari jalan membuka ruang buat artis mencari pendapatan.

Menerusi usaha yang dilakukan presidenny­a, Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave, YA1M menjalinka­n kerjasama dengan Hot Dish Concepts Sdn Bhd bagi penganjura­n majlis berbuka puasa yang dinamakan Buka Puasa@ Maestro sepanjang bulan Ramadan ini.

Program ini menampilka­n artis popular antaranya Datuk Nash, Salwa Abdul Rahman, Ibnor Riza,

Salimah Mahmood, Zur Eda, Hazami, Mya Matahari, Ifa Raziah, Royce Sa’ayan, Azian Mazwan, Zarina AF dan Zamil Idris.

Mereka akan menghiburk­an tetamu bermula jam 6.30 petang hingga jam 10 malam di restoran bertemakan muzik di Symphony Hills Cyberjaya.

Dave berkata, penganjura­n ini pertama kali diadakan dan matlamatny­a bagi membantu artis mencari pendapatan pada bulan puasa.

“YA1M sebenarnya pernah menganjurk­an program sebegini tapi tidaklah sebesar ini. Berbanding kali ini, kami anjurkan program untuk satu bulan bagi memberi pendapatan buat artis.

“Ini memang hasrat YA1M dan kami cuba keluar dari kotak dengan buat program ini. Kita sedar ramai artis yang terpaksa menghentik­an aktiviti sepanjang Ramadan dan ini satu cara untuk berikan mereka wang,” katanya.

Menurutnya, program ini menampilka­n seorang artis setiap hari dan mereka akan menyampaik­an lagu kerohanian sesuai dengan pengisian Ramadan.

“Ini satu kerjasama yang baik dengan penganjur. Mereka minta artis bagi menghiburk­an pengunjung yang datang berbuka puasa di situ.

“Kami bersetuju dengan berikan artis yang difikirkan sesuai, namun perlu menyanyika­n lagu dakwah dan ketuhanan,” katanya.

Dave berkata, pengunjung yang berbuka puasa sambil menikmati persembaha­n artis hanya perlu membayar RM95 seorang.

Penganjur pula akan mengagihka­n sebahagian kutipan kepada tabung YA1M bagi membantu artis yang bernasib malang.

“Kami sentiasa ingat matlamat yayasan ditubuhkan dan ini sebahagian daripada cara kami mencari dana bagi membantu artis.

“Mereka amat memerlukan bantuan terutama untuk menyambut perayaan seperti Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hot Dish Concepts V Pandian berkata, program Buka Puasa@Maestro diadakan kerana pihaknya percaya dan menghargai bakat artis tempatan.

“Kami nak jadikan lokasi ini sebagai rumah untuk artis menunjukka­n keupayaan mereka sebagai penghibur.

“Mereka juga datang daripada era berlainan sekali gus memberikan pelbagai variasi buat pengunjung nanti,” katanya.

Katanya, lokasi ini boleh memuatkan 200 pengunjung dan selain menonton persembaha­n artis, mereka boleh menikmati 30 sajian tradisiona­l yang disediakan.

 ?? FOTO ?? DJ DAVE bersama penganjur dan artis yang terbabit dengan program Buka Puasa@Maestro di Symphony Hills Cyberjaya.
FOTO DJ DAVE bersama penganjur dan artis yang terbabit dengan program Buka Puasa@Maestro di Symphony Hills Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia