Harian Metro

Lagu Melayu Minah salih

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Bermula dengan hanya menyanyika­n semula lagu Melayu popular dan memuat naik ke YouTube, nama Cassidy La Creme mula dikenali lebih-lebih lagi kerana dia bukanlah penyanyi Melayu.

Sebelum ke Malaysia, Cassidy atau nama sebenarnya Cassidy Anderson, 30, menetap di Singapura selama tiga tahun dan ruang pergaulann­ya terdiri dalam kalangan orang Melayu.

“Lagu Melayu menjadi antara muzik yang tidak dipandang di dalam industri muzik Barat, namun sebenarnya ada kekayaan yang saya nampak sekali gus timbul minat mendekatin­ya,” katanya.

Menurut penyanyi berasal dari Australia ini, kualiti muzik Malaysia lebih-lebih lagi lagu

Melayu mempunyai kualiti setanding muzik di Amerika Syarikat.

“Jika diamati, lagu balada Melayu ada yang setanding lagu Barat antaranya Celine Dion.

“Saya sendiri banyak menyanyika­n lagu Inggeris sebelum ini dan sangat seronok kerana dapat melakukan perkara saya suka.

“Namun, selepas bertemu dan tahu mengenai lagu Melayu, keghairaha­n untuk meneroka muzik itu semakin memuncak. Lagu Melayu pertama yang saya belajar adalah Ombak Rindu,” katanya.

Terbaru, Cassidy hadir dengan single sulungnya berjudul Seperti Dia.

“Saya sangat berbesar hati apabila diberikan peluang untuk muncul dengan lagu sendiri dan lebih teruja apabila ia lagu berbahasa Melayu.

“Untuk merakamkan lagu ini, saya mengikuti kelas bahasa Malaysia selama tiga bulan. Pada awalnya sedikit sukar, namun lama-kelamaan semuanya semakin mudah,” katanya.

Ditanya sama ada dia faham setiap lirik yang disampaika­nnya, Cassidy ada ceritanya.

“Sebelum ini, saya pernah bercinta dengan seorang lelaki Melayu. Saya mengambil masa sekitar tiga ke empat hari untuk memahami keseluruha­n lirik dan jalan ceritanya.

“Secara tak langsung, lagu Seperti Dia sebenarnya ada kaitan dengan pengalaman saya sendiri sekali gus lebih mudah untuk menjiwai lagu ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­nnya, Cassidy ingin bertahan lama di Malaysia.

“Kalau boleh, biarlah nama saya kukuh di sini lebih lama dan tidak mustahil membawa lagu Seperti Dia ke Australia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang menetap di sana,” katanya.

 ??  ?? Selepas bertemu dan tahu
mengenai lagu Melayu, keghairaha­n untuk meneroka muzik itu semakin memuncak
Selepas bertemu dan tahu mengenai lagu Melayu, keghairaha­n untuk meneroka muzik itu semakin memuncak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia