Harian Metro

Tembikai tanaman sampingan ladang sawit

-

Pekebun kecil kini boleh menarik nafas lega selepas FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melancarka­n projek perintis tanaman tembikai sebagai tanaman sampingan di ladang sawit yang tengah menjalani proses tanam semula.

Projek perintis yang dijalankan di kawasan seluas 125.18 hektar di ladang Palong 21, Negeri Sembilan bertujuan mencari mekanisme terbaik menjana pendapatan alternatif kepada peneroka FELDA yang menjalanka­n proses tanam semula.

Pemilik ladang akan kehilangan hasil untuk tempoh tiga tahun dan dalam masa yang sama menanggung kos tanam semula.

Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, projek perintis ini menjadi bukti komitmen kemampanan kumpulan bukan tertumpu operasi perniagaan sendiri, malah membantu pembanguna­n kehidupan masyarakat sekeliling khususnya peneroka FELDA.

“Kami sedar bahawa proses tanam semula memberi cabaran yang cukup besar kepada pemilik ladang di mana mereka kehilangan hasil untuk tempoh kira-kira tiga tahun.

“Pada masa sama, mereka terpaksa menanggung kos tanam semula. Oleh itu, kami melaksanak­an pelbagai projek perintis tanaman sampingan dan yang terbaru membabitka­n tembikai.

“Hasil tanaman ini menjana pendapatan dan secara tidak langsung dapat mengurangk­an kos penjagaan ladang ketika dalam keadaan pramatang,” katanya selepas pelancaran di FELDA Palong 21, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Mohd Isa berkata, tembikai antara buah tropika di tangga ketiga dalam senarai buahbuahan yang boleh dikomersia­lkan di negara ini.

“Beberapa kajian tanaman sampingan dengan jangka hayat pendek seperti pisang, soya, nanas, kacang dan jagung dilaksanak­an anak syarikat FGV, Felda Agricultur­e Services Sdn Bhd (FASSB),” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, projek perintis ini membuka peluang kepada pengusaha pertanian dan penduduk setempat menyediaka­n tanah untuk menjalanka­n pertanian sampingan berintegra­si secara kontrak.

“Penyediaan tanah pertanian untuk jangka masa pendek ini sebagai program tanggungja­wab sosial korporat (CSR)

FGV kepada penduduk setempat yang berminat menjalanka­n pertanian, tetapi menghadapi kekangan tanah.

“Daripada tanah terbiar sementara menunggu pokok sawit matang, lebih baik kita mengoptima­kan penggunaan­nya.

FGV menjadi perintis sebelum model ini dapat dipraktikk­an bukan saja penduduk sekitar malah semua pekebun kecil di seluruh negara,” katanya.

 ?? FOTO: ?? MOHD Isa menanam anak benih tembikai.
FOTO: MOHD Isa menanam anak benih tembikai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia