Harian Metro

Klon KFS001 baka bermutu tinggi

-

Baka kacip fatimah yang ditanam ahli PPKS adalah klon terpilih didaftarka­n di bawah Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia

(FRIM) sebagai KFS001 antara baka bermutu tinggi hasil penyelidik­an dijalankan.

Ia dikatakan mempunyai jumlah kandungan fenolik yang tinggi selain kadar pertumbuha­n yang cepat dan ciri morfologi luaran memberangs­angkan (vigour).

Pegawai Penyelidik

FRIM Dr Farah Fazwa Md Ariff berkata, kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu, khususnya untuk penjagaan kesihatan kaum wanita terutama selepas bersalin.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan menunjukka­n herba ini mempercepa­tkan proses pemulihan, mengembali­kan kecergasan selepas bersalin, mengecutka­n rahim dan melangsing­kan badan.

“Kacip fatimah antara herba yang dikenal pasti untuk dibangunka­n di bawah Projek Permulaan (EPP) selaras dengan Program Transforma­si Ekonomi (ETP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bertujuan menjana pendapatan komuniti kampung dan pekebun.

“FRIM melihat projek ini dapat menggalakk­an penanaman spesies berkenaan bagi memastikan kemampanan bekalan bahan mentah berkualiti tinggi untuk industri herba,” katanya.

Dr Farah berkata, FRIM dilantik Bioeconomy Corp sebagai pemberi teknologi iaitu pembekal klon kacip fatimah, memberi khidmat nasihat berkenaan kaedah pembiakan, penjagaan dan penanaman di ladang hingga dapat dituai.

“Mereka diberi latihan menanam dan menghasilk­an sendiri baka kacip fatimah menerusi teknik keratan daun menggunaka­n protokol piawaian yang dibangunka­n penyelidik FRIM.

“Selain itu, FRIM turut memberi khidmat nasihat dalam penyediaan sistem batas di rumah keratan dan RPH untuk persediaan penanaman berskala besar,” katanya. kepada masyarakat, tetapi juga meningkatk­an keupayaaan individu untuk bertindak melalui jaringan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan BCDP - Projek Penanaman Herba Kacip Fatimah kepada PPKS di Tangkak, Johor, baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir Datuk M Asojan, Pemangku

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp Syed

Agil Syed Hashim dan Pengerusi PPKS Datuk Ismail Hamdan.

Madius berkata, dana MSI yang digunakan untuk projek itu termasuk kos latihan, pembinaan rumah pelindung hujan (RPH) dan rumah keratan, pembelian peralatan dan 6,000 baka kacip fatimah berhasil tinggi iaitu Labisia pumila var. alata.

“Ahli PPKS kini mempunyai kemahiran untuk memperbany­akkan baka kacip fatimah melalui kaedah pembiakan tampang secara keratan.

“Saya difahamkan, syarikat terbabit dijangka membeli hasil tuaian kacip fatimah basah pada harga sekitar RM20 sekilogram. Bayangkan sekiranya hasil yang baik sudah pasti mereka memperoleh keuntungan.

“Projek ini berpotensi meraih 2,000 kilogram (kg) bagi setiap hektar tanaman di samping menjana pendapatan RM3,200 sebulan berdasarka­n harga belian balik sekitar RM40,000 bagi setiap tuaian,” katanya.

MOSTI BIAYAI PROJEK MSI

Selain itu, katanya, MOSTI sudah membiayai 85 projek MSI (2015) dan 82 projek (2016) yang menyasarka­n kelompok khusus seperti wanita, warga emas serta kumpulan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah.

“Ia sebahagian daripada usaha MOSTI untuk merakyatka­n sains, teknologi dan inovasi (STI) yang sebelum ini hanya dimonopoli golongan penyelidik.

“Sejak dilancarka­n, Bioeconomy Corp berjaya memperluas­kan pelaksanaa­n BCDP ke seluruh negara. Hingga April lalu, 33 projek BCDP tengah dilaksanak­an membabitka­n 1,732 peserta.

“Hingga Disember

2016, Bioeconomy Corp membantu 278 syarikat berstatus BioNexus dan 53 daripadany­a bertindak sebagai syarikat utama dalam BTP yang menumpukan kepada projek pembanguna­n berasaskan bio yang mampan,” katanya.

Seorang peserta, Letandotet­a Zaidon, 40, berkata, beliau bertuah kerana terpilih menyertai projek penanaman herba kacip fatimah sekali gus dapat menambah pendapatan keluarga.

“Saya juga terbabit secara langsung dalam bidang pertanian yang mengusahak­an tanaman sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang dan timun.

“Paling penting kena ada minat supaya setiap yang diusahakan itu membuahkan hasil. Penjagaan tanaman kacip fatimah tidak sama dengan tanaman sayursayur­an,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI Penyelidik Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Farah Fazwa Md Ariff Dr Farah (empat dari kanan) menerangka­n khasiat herba kacip fatimah.
PEGAWAI Penyelidik Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Farah Fazwa Md Ariff Dr Farah (empat dari kanan) menerangka­n khasiat herba kacip fatimah.
 ??  ?? MADIUS (dua dari kanan) dan Asojan (empat dari kanan) meninjau tapak semaian.
MADIUS (dua dari kanan) dan Asojan (empat dari kanan) meninjau tapak semaian.
 ??  ?? LETANDOTET­A
LETANDOTET­A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia