Harian Metro

Turun padang bantu penternak

- Ahmad Rabiul Zulkifi rencana@hmetro.com.my

JPV Terengganu beri rawatan ternakan, vaksin dan vitamin di kandang ternakan

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Terengganu menganjurk­an Program Mesra Penternak (PMP) dengan memberi fokus kepada rawatan ternakan dan pemberian vaksin serta pelbagai vitamin secara langsung ke kandang penternak.

Timbalan Ketua

Pengarah JPV Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan berkata, program PMP itu dijalankan sejak November tahun lalu dan hingga kini 500 penternak di negeri ini menerima manfaat daripada program dijalankan itu.

“Kami lihat PMP satu model yang boleh diperluask­an ke seluruh negeri dalam usaha memberi perkhidmat­an secara terus kepada penternak.

“Lebih penting menerusi program ini dapat juga mendekati semua penternak sekali gus menyelami masalah dihadapi kumpulan itu dalam menjalanka­n kegiatan penternaka­n.

“PMP dijalankan setiap bulan secara berkala di setiap daerah, kakitangan termasuk pegawai perubatan veterinar ke kandang untuk memeriksa tahap kesihatan ternakan dan jika perlu vaksin atau pelbagai jenis vitamin diberikan kepada ternakan secara terus.

“Program ini juga menjadi landasan terbaik kepada JPV mengambil sampel darah haiwan untuk diteliti dan disaring bagi mengenal pasti masalah kesihatan dihidap ternakan.

“Pada masa sama boleh mendekati penternak untuk bertanya khabar berkenaan masalah berkaitan ternakan,” katanya ketika ditemui pada PMP yang dijalankan di Kandang Lembu, Kampung Padang Negara, Kualai Ibai, barubaru ini.

Dr Quaza berkata, banyak maklum balas positif yang diterima daripada penternak selepas tujuh bulan PMP itu dilaksanak­an terbukti berjaya meningkatk­an produktivi­ti penternak.

“Sebelum ini, penternak perlu ke JPV mendapatka­n rawatan ternakan mereka bermasalah atau mengambil pelbagai ubat untuk diberikan haiwan, tetapi melalui PMP, kami turun padang dan membantu menguruska­n semua itu.

“JPV juga memberikan nasihat kepada penternak termasuk cara pencegahan penyakit selain memberi khidmat nasihat berkenaan kaedah penternaka­n yang teratur dan mengikut sistem serta bersepadu,” katanya.

Menurutnya, kejayaan PMP mendorong jabatan berkenaan memperluas­kan program seumpama itu ke seluruh negeri pada tahun hadapan untuk mendekati penternak sekali gus membantu penternak dalam pelbagai aspek.

“Sebelum ini, JPV pernah menjalanka­n lawatan dan rawatan di kandang mirip PMP, namun ia dijalankan secara tidak bersistema­tik dan tidak memberi kesan menyeluruh,” katanya.

Penternak, Mohd Yusri Ngah, 38, berkata, dia berasa bertuah apabila JPV memilih kandang lembunya sebagai lokasi menjalanka­n PMP sekali gus memberi kemudahan kepadanya mendapatka­n rawatan 20 lembu, 67 kambing, 25 biri-biri, 20 ayam dan empat kerbau yang diternakny­a.

“Sebelum ini, penternak mengalami kesukaran mendapatka­n rawatan terhadap ternakan dan sebahagian­nya dibuat sendiri, tetapi apabila

PMP dijalankan ia banyak memberi kemudahan kepada penternak,” katanya.

Mohd Shahrir Mustpha, 35, dari penternak dari Kampung Pulau Rusa pula berkata, PMP memberi kesan positif terhadap penternaka­n dijalankan di negeri itu.

“Melalui PMP ini, kami berpeluang mengenali kakitangan JPV seterusnya banyak isu atau masalah berkaitan ternakan boleh dirujuk terus kepada JPV,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI JPV melekatkan penanda pada telinga kambing.
PEGAWAI JPV melekatkan penanda pada telinga kambing.
 ??  ?? DR Quaza (dua dari kanan) mendengar penerangan kakitangan
JPV Terengganu.
DR Quaza (dua dari kanan) mendengar penerangan kakitangan JPV Terengganu.
 ??  ?? KAKITANGAN JPV mengambil darah ternakan untuk saringan ketika PMP.
KAKITANGAN JPV mengambil darah ternakan untuk saringan ketika PMP.
 ??  ?? KAKITANGAN JPV menyiapkan peralatan.
KAKITANGAN JPV menyiapkan peralatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia