Harian Metro

BAHAGIA DI PERANTAUAN

- Hazril Md Nor

Amir kongsi kehidupan bersama isteri sepanjang pengajian di AS

Berpeluang banyak berubah selepas berkahwin dan sebagai pelajar, dia ingin menjadi lebih matang serta menunaikan nafkah kepada isteri.

“Saya rasa lebih matang dan bertanggun­gjawab selepas bergelar suami. Kalau dulu selalu buang masa main ‘game’, lepak bual kosong dengan kawan dan tak jaga makan.

“Selepas berkahwin, saya mula bersenam, amalkan pengambila­n buah dan banyak beri perhatian kepada isteri. Ini kerana gaya hidup di sini berbeza dengan Malaysia dan mahu tak mahu, saya perlu sesuaikan diri,” katanya.

Sedar tanggungja­wabnya yang perlu membahagik­an masa dengan isteri dan komitmen pengajian, Amir teratur menguruska­n kehidupann­ya.

“Kami tinggal bersama. Jadi boleh dikatakan sebelum tiba hujung minggu, saya akan mengajak isteri menyiapkan tugasan sebelum keluar ke mana-mana.

“Biasanya saya akan ke Asian Market membeli barang dapur dan dia akan memasak hidangan Malaysia di rumah.

“Kami juga tak suka duduk di rumah dan selalu bersiar-siar di kawasan berhampira­n. Walaupun tidak berada di tanah air, perasaanny­a tetap sama bersama insan tercinta. Apabila dia gembira, saya pun gembira,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, perkahwina­n pada usia awal kadangkala memberi rintangan dalam hidup terutama dari segi penerimaan orang sekeliling.

“Jangka masa bersama rakan perlu dikurangka­n. Ini bukanlah mengabaika­n mereka sebaliknya mencari masa sesuai untuk lepak bersama. Maklumlah sudah bergelar suami dan pada masa sama masih belajar,” katanya.

Kata Amir, dia bersyukur mempunyai kekasih hati yang memahami dan pada masa sama membantuny­a dalam pengajian.

“Jika dulu banyak masa diluangkan bersama rakan sebelum peperiksaa­n, kali ini apa-apa pun saya banyak rujuk pada isteri.

“Kami akan ‘brainstorm’ samasama dan saling membantu. Kalau dia tak faham subjek tertentu, saya akan bantu dan begitu juga sebaliknya. Secara tak langsung, hubungan suami isteri jadi bertambah erat,” katanya.

 ??  ?? AMIR (berdiri tiga daripada kiri) bersama penuntut tajaan MARA di Northampto­n Community College sempena Internatio­nal Banquet.
AMIR (berdiri tiga daripada kiri) bersama penuntut tajaan MARA di Northampto­n Community College sempena Internatio­nal Banquet.
 ??  ?? DI New York bersama isteri.
DI New York bersama isteri.
 ??  ?? AMIR (kiri) menyambut Aidil Adha 2016.
AMIR (kiri) menyambut Aidil Adha 2016.
 ??  ?? BERGAMBAR sebelum menghadiri kuliah.
BERGAMBAR sebelum menghadiri kuliah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia