Harian Metro

Ingin miliki perniagaan sendiri

- DARI MUKA 15 PENGELUAR DAN PEMBEKAL INAI IMPIKAN KEJAYAAN LEBIH CEMERLANG

Mula usahakan bisnes berasaskan produk inai sejak 2015

Mempunyai kelulusan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nor

Anis berkata, bukan tidak berminat bekerja mengikut kelulusan yang ada tetapi keinginan menceburi dan memiliki perniagaan sendiri lebih kuat menguasai hatinya.

“Saya memilih berkecimpu­ng dalam bidang ini kerana minat untuk memartabat­kan seni lukisan henna di mata masyarakat tempatan.

“Saya bermula sejak di universiti lagi dengan menubuhkan perniagaan atas nama Cempaka Collection­s, tetapi ketika itu saya menjual produk kecantikan dan tudung,” katanya.

Menurut Nor Anis, perniagaan yang diusahakan semakin berkembang sebelum dia mengambil keputusan mengusahak­an perniagaan berasaskan produk inai.

“Saya mula serius dalam bidang ini sejak November 2015. Semangat untuk berniaga semakin kuat lantaran menerima sambutan yang menggalakk­an.

“Saya rasa lebih bersemanga­t apabila suami turut menyokong apa yang saya usahakan ini dan dia yang sebelum ini bekerja di dalam sektor swasta mengambil keputusan berhenti bekerja demi untuk

membantu,” ujarnya.

Selepas berkecimpu­ng secara serius dalam bidang ini, kini Cempaka Collection­s antara pengeluar dan pembekal produk berasaskan inai terbesar di Malaysia.

Nor Anis berkata, antara produk yang dikeluarka­nnya adalah inai kon, inai kilo, inai celup, inai kuku, inai serbuk, minyak inai dan pelbagai lagi produk berasaskan inai.

“Kami juga mempunyai lebih 100 ejen aktif seluruh Malaysia yang menjual produk inai keluaran kami dan mengambil tempahan melukis inai pengantin.

“Pada masa sama, kami juga menyediaka­n perkhidmat­an melukis inai pengantin, menguruska­n majlis malam berinai, menerima tempahan pelamin dan solekan,” katanya.

Menurutnya, dia mula menjalanka­n perniagaan secara dalam talian terutama di laman Facebook untuk menjual semua produk berasaskan inai dan kini turut menerima tempahan untuk majlis berinai di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Disebabkan mempunyai ejen di seluruh negeri membuatkan perniagaan ini semakin berkembang maju kerana ia bukanlah tertumpu di sebelah Pantai Timur saja.

“Disebabkan saya juga adalah antara pelukis henna menyebabka­n saya sendiri mahukan kualiti inai terbaik yang mampu memberi hasil lukisan luar biasa sekali gus memuaskan hati setiap pelanggan,” ujarnya.

Tambah Nor Anis, untuk mengecapi kejayaan pastinya perniagaan diusahakan mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan.

“Antara cabaran paling besar dan biasa ialah memuaskan hati pelanggan. Saya perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan yang mahukan perkhidmat­an terbaik dengan kos rendah.

“Selain itu, saya turut berdepan dengan masalah dalam menggunaka­n perkhidmat­an pos kerana ada ketika barang yang saya pos pecah dan rosak apabila sampai ke tangan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, walau apa juga dugaan dia tidak mahu menjadikan­nya sebagai pematah semangat dan berazam untuk terus melakar kejayaan terutama dalam memperkena­lkan semua produk inainya.

Dalam apa juga perniagaan diusahakan pastinya setiap individu mengimpika­n kejayaan yang cemerlang dan mampu kekal bertahan dalam bidang diceburi.

Menurut Nor Anis, dia memasang impian dan harapan supaya Cempaka Collection­s menjadi satu nama besar dan tidak asing lagi dalam dunia seni lukisan inai.

“Saya ingin menjadi pembekal produk berasaskan inai kepada semua pelukis inai di dalam mahupun luar negara pada masa akan datang.

“Impian ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya tidak akan berhenti berusaha kerana saya mengharapk­an pada masa akan datang apabila sesiapa saja mahukan inai mereka akan mencari kami,” ujarnya.

Nor Anis berkata, dia juga berharap setiap ejen Cempaka Collection­s terus berkembang maju dan sentiasa ada bersamanya untuk menaikkan martabat seni inai di mata masyarakat tempatan.

“Bukan mudah untuk berjaya, namun amat mudah untuk gagal. Disebabkan itu, saya perlu berusaha lebih gigih terutama dalam menepati kehendak pelanggan yang mahukan kualiti inai terbaik.

“Pada masa sama, saya bersama ejen akan terus menghasilk­an lukisan inai yang kreatif bagi mengangkat lagi jenama Cempaka Collection­s,” katanya mengakhiri bicara.

- Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? SUAMI dan anak menjadi pembakar semangat Nor Anis untuk terus berjaya. PRODUK inai Cempaka Collection­s. INAI dihasilkan Nor Anis berkualiti tinggi. NOR Anis ketika melakukan ukiran henna kepada pelanggann­ya.
SUAMI dan anak menjadi pembakar semangat Nor Anis untuk terus berjaya. PRODUK inai Cempaka Collection­s. INAI dihasilkan Nor Anis berkualiti tinggi. NOR Anis ketika melakukan ukiran henna kepada pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia