Harian Metro

Cabaran usaha katering

- DARI MUKA 15 LAMAN MAZMIDA

Menurut Samidah yang mempunyai empat cahaya mata, ketika itu, dia memulakan perniagaan dengan membuka butik pakaian sebelum beralih kepada bidang masakan dan katering.

“Anak ketika itu semuanya masih kecil menyebabka­n saya dan suami perlu berkerja keras bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan sama seperti orang lain. Berkat minat dan keazaman, saya tekad terus melangkah dalam mengusahak­an Mazmida Katering.

“Dalam apa juga bidang, pasti ada cabarannya, namun saya tidak berasa tertekan malah gembira dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Menurutnya, walaupun perniagaan kateringny­a beroperasi di rumah, tetapi sambutan diterima amat menggalakk­an dan ratarata pelanggan berpuas hati dengan keenakan masakannya.

“Kepayahan itu sedikit demi sedikit berkuranga­n apabila anak semakin membesar dan turut membantu saya.

“Kini anak pula yang mengambil alih tugas meneruskan perniagaan ini. Saya seronok melihat kesungguha­n mereka,” ujarnya.

Samidah berkata, seperti mana dia mendisipli­nkan dirinya, dia turut menggunaka­n konsep yang sama dalam mendidik anak supaya apa yang diusahakan itu dapat diteruskan generasi pelapisnya.

“Bidang katering ini perlukan kekuatan, kesungguha­n dan keikhlasan kerana kita menyajikan makanan kepada pelanggan. Aspek kebersihan dan kesucian amat penting untuk mendapat rezeki yang berkat.

“Asalkan semua aspek utama diikuti, saya yakin apa yang diusahakan ini akan dapat diteruskan,” katanya.

Atas permintaan pelanggan yang sering mahukan majlis dalam taman selain berusaha mencetuska­n satu kelainan di sekitar daerah Klang, Samidah mula berusaha mencari lokasi strategik demi merealisas­ikan impian itu.

“Bermula daripada situ, saya sekeluarga berusaha mencari kawasan lapang untuk dibangunka­n menjadi Laman Mazmida yang dilengkapi khemah dengan berkonsepk­an taman.

“Syukur, kami menemui kawasan lapang seperti yang dihajatkan di Jalan Sungai Jati, Klang sebelum mula membangunk­an Laman Mazmida yang mula beroperasi sepenuhnya Mei tahun lalu,” katanya.

Bagi memudahkan pelanggan, Laman Mazmida dilengkapi keperluan untuk semua majlis atau acara.

“Bermula daripada katering, pelamin, meja, kerusi dan kelengkapa­n lain, semuanya ada di sini. Pelanggan hanya perlu menyediaka­n hadiah cenderahat­i jika mahu memberikan kepada tetamu.

“Kebanyakan pelanggan yang menyewa laman ini mengadakan majlis perkahwina­n, pernikahan, jamuan makan dan kesyukuran. Kami menerima tempahan tetamu sekurang-kurangnya 100 orang dalam satu majlis,” katanya.

Samidah berkata, pihaknya akan melakukan perbincang­an rapi dengan setiap pelanggan terlebih dulu bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah ketika majlis berlangsun­g.

“Saya sekeluarga akan bangun seawal jam 3 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad untuk menyiapkan segala keperluan sesuatu majlis.

“Dalam soal penyediaan hidangan, saya sendiri yang memberi tunjuk ajar kepada anak dan pekerja bagi memastikan keenakan dan resipi asal itu tidak berubah,” ujarnya.

Menurut Samidah, tempahan perlu dibuat setahun awal sebelum majlis berlangsun­g bagi mengelakka­n sebarang kesulitan terutama berebut tarikh khususnya pada musim cuti sekolah.

“Syukur kerana sehingga April tahun depan, Laman Mazmida sudah menerima

Nenek berusia 55 tahun ceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk butik pakaian

 ??  ?? TEKUN dalam menguruska­n perniagaan diusahakan lebih 20 tahun lalu. SAMIDAH bersama suami dan dua anaknya yang banyak membantu. SAMIDAH fokus dalam mengusahak­an perniagaan­nya.
TEKUN dalam menguruska­n perniagaan diusahakan lebih 20 tahun lalu. SAMIDAH bersama suami dan dua anaknya yang banyak membantu. SAMIDAH fokus dalam mengusahak­an perniagaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia