Harian Metro

Berjimat sambut Ramadan, Syawal

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Susun perbelanja­an sejak awal untuk elak pembaziran

Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatk­an amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.

Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruska­n kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagi guru tuisyen Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar, 30, sememangny­a realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, justeru, pentingnya berjimat dalam perbelanja­an harian terutama ketika menyam but Ramadan dan Syawal.

Katanya, jika tahun sebelum ini dia dan isteri menempuh Ramadan berdua, tapi tahun ini agak berlainan kerana kehadiran cahaya mata pertama dan pasti perbelanja­an bertambah dari segi persiapan menjelang hari raya dan kos sara hidup.

“Mungkin tahun lepas boleh berbuka di luar kerana kurang tanggungan tapi kali ini kami akan membeli makan di bazar Ramadan dan berbuka di rumah.

“Selain itu, biarpun saya dan isteri bekerja, kami juga membuat beberapa kerja sampingan lain demi menambah pendapatan bagi persiapan menjelang musim perayaan nanti.

Bagi peniaga, Mohd Hafiz Zawawi, 32, Ramadan tahun ini disambut secara sederhana seperti tahun sebelum ini dan dia gemar menyusun perbelanja­an sejak awal untuk mengelak pembaziran.

“Saya beli awal bahan asas makanan untuk memudahkan isteri memasak hidangan bersahur dan berbuka, itu pun hanya masakan mudah dan ringkas.

“Persiapan Aidilfitri pula selalunya saya lebihkan untuk anak dan isteri, saya pula memakai baju Melayu sedia ada, kasut dan seluar pula memang saya beli di kedai ‘bundle’. Perbelanja­an lebih saya peruntukka­n untuk hidangan bersama keluarga, sanak saudara dan tetamu yang berkunjung sepanjang Syawal,” katanya yang menetap di Bangi.

REBUT PAHALA BERGANDA

Bagi bapa kepada seorang cahaya mata dari Tanjung Malim, Perak, Mohammad Azmir Mohammad Zamri, 33, tumpuannya pada Ramadan kali ini untuk melakukan ibadat wajib dengan lebih sempurna kerana rahmat dan pahala yang berlipat ganda.

Selain itu katanya, dia dan isteri mengambil pendekatan tidak terlalu boros berbelanja dengan memperbany­akkan memasak sendiri di rumah atau membeli juadah berbuka yang diperlukan saja.

Bagi pengusaha restoran dari Klang,

 ??  ?? ELAKKAN membazir ketika membeli juadah.
ELAKKAN membazir ketika membeli juadah.
 ??  ?? PERSEDIAAN
hari raya juga harus sederhana.
PERSEDIAAN hari raya juga harus sederhana.
 ??  ?? MUHAMAD Huzaimi
MUHAMAD Huzaimi
 ??  ?? MOHD Hafiz
MOHD Hafiz
 ??  ?? MOHAMMAD Azmir
MOHAMMAD Azmir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia