Harian Metro

Resipi ibu diubah suai

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my PENAT TAPI SERONOK

Turut keluar produk sejuk beku untuk pelanggan ingin hasilkan pastri sendiri

Bermula hanya sekadar sukasuka dan dijadikan hobi, siapa sangka langkah diambil wanita ini untuk berkecimpu­ng dalam bidang pembuatan kek dan pastri membuahkan hasil yang tidak dijangka.

Mengakui segalanya bermula sejak 10 tahun lalu selepas dia berasa teruja setiap kali ada individu yang memuji dan sukakan air tangannya sebelum dia tekad menjalanka­n perniagaan dalam bidang itu secara serius sejak dua tahun lalu.

Dia sanggup mengorbank­an hampir keseluruha­n masanya demi memastikan perniagaan dijalankan berjalan lancar tanpa mengharapk­an bantuan daripada daripada mana-mana pihak.

Pengasas The Gourmet

Whisk, Mazmin Shariff, 45, berkata, dia memperuntu­kkan hampir sebahagian besar masanya menyiapkan tempahan pelanggan.

Menurutnya, The Gourmet Whisk mengeluark­an pelbagai jenis kek dan pastri khusus untuk penggemarn­ya terutama kepada individu yang sangat teliti dalam memilih hidangan kek serta pastri yang enak.

“Saya turut mengeluark­an produk sejuk beku untuk pelanggan yang ingin menghasilk­an pastri mereka sendiri. Selain itu, saya juga menganjurk­an kelas masakan kek dan pastri untuk individu atau kumpulan kecil yang berminat mempelajar­i teknik penghasila­n kek dan pastri tidak kiralah kepada individu yang mahu belajar secara suka-suka atau yang mahu memulakan perniagaan,” katanya.

Antara hidangan mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan peminatnya adalah pai ayam cendawan berkrim, gulungan sardin, doh sejuk beku segera, kek keju perisa durian, cempedak, mangga dan durian belanda.

Lebih menarik, setiap menu terdapat di The Gourmet Whish adalah adunan resipi ibu Mazmin sendiri yang diubah suai supaya menepati selera masa kini.

“Keseronoka­n apabila ada orang yang membeli dan suka dengan kek dan pastri saya membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk terus memberikan yang terbaik.

“Biarpun saya memulakan perniagaan ini secara sukasuka, namun dua tahun lalu saya mengambil keputusan untuk lebih serius dan fokus mengambil tempahan selain mula mengadakan kelas bagi berkongsi ilmu,” ujarnya.

Sentiasa menitikber­atkan soal keluarga walaupun sibuk, Mazmin berusaha membahagik­an masanya dengan sebaik mungkin demi memastikan soal perniagaan dan keluarga tidak ada yang terabai.

“Saya menyiapkan semua tempahan dan mengadakan kelas dengan bantuan tiga pembantu. Mereka membantu saya memastikan semua tempahan pelanggan dapat disiapkan dalam tempoh dijanjikan.

“Pada masa sama, saya sentiasa memastikan hubungan rapat dengan pelanggan bagi menjamin kesetiaan pelanggan kekal bersama kami,” katanya.

Tambahnya, walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian terutama dalam menyiapkan tempahan dan berdepan dengan kerenah pelanggan serta pelajar, namun ia tidak melemahkan­nya malah menjadi antara cabaran serta kepuasan dalam karier dipilih.

“Syukur, saya mempunyai keluarga dan rakan yang menjadi perangsang dan penambah semangat terutama di saat waktu saya lemah dan terlalu penat.

“Dengan tempahan yang diterima hampir setiap hari, saya perlu menyusun jadual harian saya sebaik mungkin. Senyuman pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmat­an kami menghilang­kan rasa penat,” ujarnya.

Mazmin berkata, mengenai perancanga­n masa depan, dia berharap The Gourmet Whisk mampu menembusi pasaran antarabang­sa dengan produk sejuk beku premium khususnya pai, doh segera dan kek keju beku.

“Saya turut memberikan latihan kepada wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam industri kek dan pastri.

“Syukur dengan apa yang saya kecapi kini dan saya juga berbangga apabila mengetahui beberapa pelajar sudah memiliki perniagaan mereka sendiri,” katanya.

 ??  ?? MAZMIN ketika beraksi di dapur. TEKUN dalam menyiapkan tempahan pelanggan.
MAZMIN ketika beraksi di dapur. TEKUN dalam menyiapkan tempahan pelanggan.
 ??  ?? MAZMIN bersama antara kek yang dihasilkan­nya.
MAZMIN bersama antara kek yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia