Harian Metro

1,050 penduduk dapat air bersih

-

air bersih dipasang bagi memanfaatk­an 385 orang penduduk kampung dan lebih 700 orang pelajar SMK Sepulut.

Menurut Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Vincent Chong, air adalah keperluan penting dalam kehidupan harian tetapi masih ada orang yang tidak mendapat bekalan air minuman yang bersih.

“Kami ingin membantu komuniti ini mendapat bekalan air yang dirawat, selamat dan bersih untuk diminum. Ia mendorong kepada amalan kesihatan dan kebersihan yang baik. Kempen rawatan air ini sebahagian dari Pelan Kehidupan Lestari Unilever untuk meningkatk­an tahap kesihatan dan kesejahter­aan satu bilion penduduk menjelang 2020,” katanya.

Seiring dengan pemasangan ini, Breeze dan Global Peace Foundation turut menyediaka­n sesi latihan bersama penduduk tempatan mengenai penggunaan dan cara menyelengg­ara penapis air berkenaan.

“Minum air yang tidak dirawat membawa pelbagai risiko penyakit bawaan air seperti kolera dan cirit-birit. Penyediaan sistem penapisan air ini boleh meningkatk­an tahap kesihatan dan kesejahter­aan sosial mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation Dr Teh Su Thye.

Katanya, reka bentuk sistem penapisan air itu ringkas dan senang digunakan. Ia tidak memerlukan bekalan elektrik dan dilengkapi katrij membran penapisanu­ltra untuk menyingkir­kan 99 peratus partikel, bakteria dan serpihan mikrob bagi menghasilk­an antara

70,000 hingga 100,000 liter air bersih dan ditapis yang boleh bertahan beberapa tahun.

Menurut penduduk Kampung Padang Sidin Andin, sejak beberapa tahun lalu mereka terpaksa berdepan dengan isu ketiadaan bekalan air bersih. Namun kini penduduk tidak perlu risau lagi dengan masalah berkenaan dan berharap ia dapat meningkatk­an kesejahter­aan hidup mereka.

 ??  ?? DR TEH (duduk tujuh dari kiri) menyerahka­n sistem penapisan air LifeStraw kepada penduduk kampung di Sabah.
DR TEH (duduk tujuh dari kiri) menyerahka­n sistem penapisan air LifeStraw kepada penduduk kampung di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia