Harian Metro

‘Saya bimbang dihalau keluar’

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

ika diarahkan keluar dari sini secara baik, saya akan keluar,” kata Eduar Kadir, 60, yang tinggal bersama 16 ahli keluargany­a di pondok yang dibina di bawah jambatan Jalan Kem, di sini.

Eduar mengakui sepanjang tinggal di situ, dia sentiasa dalam keadaan ketakutan kerana bimbang pondok yang dibinanya itu dirobohkan.

“Sepanjang tinggal di sini, tiada penjenayah yang datang cuma kami takut pondok ini dirobohkan.

“Saya sangat terharu atas rezeki diterima pada Ramadan ini, hanya Allah SWT dapat membalas budi dan jasa mereka yang banyak membantu saya,” katanya yang menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai pihak selepas kisahnya dilaporkan Metro Ahad.

Selain dikunjungi pelbagai pihak, Eduar turut menerima bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Malah Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut berusaha mencari kediaman baru buat keluarga Eduar di kawasan berhampira­n dalam tempoh terdekat.

Eduar sekeluarga tinggal di bawah jambatan itu selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah flat yang didiami sebelum ini.

Berikutan itu, Eduar terpaksa membawa ahli keluargany­a tinggal di pondok yang dibina dengan menggunaka­n papan lapis serta berbumbung­kan zink terpakai.

Keluargany­a juga hanya

 Keluarga daif hargai bantuan diterima selepas berita kesusahan hidup tersiar

bergantung dengan pendapatan Eduar sebanyak RM90 sehari dengan bekerja mencari barangan lusuh untuk dijual selain bekerja sebagai buruh binaan memasang besi cerucuk.

Eduar berkata, dia menghargai setiap bantuan dan sumbangan diterima selepas tersiar berita kesusahan hidupnya sekeluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia