Harian Metro

2 letupan ragut 27 nyawa

- Agensi

Daish sasar Syiah, serang kedai ais krim

Dua serangan bom menyebabka­n sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan mencederak­an lebih 100 yang lain di ibu negara Iraq ini semalam.

Dalam satu serangan itu, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang sarat berisi bahan letupan di sebuah kedai ais krim popular kira-kira tengah malam (5 pagi waktu Malaysia), menyebabka­n sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 75 cedera.

Serangan dilakukan beberapa hari selepas Ramadan bermula yang menyaksika­n penduduk Iraq sering membeli-belah dan berlibur lewat malam selepas berpuasa siang hari.

Daish mengeluark­an kenyataan mendakwa bertanggun­gjawab terhadap serangan itu dan berkata, pengebom itu warga Iraq yang menyasarka­n masyarakat Syiah.

Gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukka­n kesan kemusnahan akibat letupan itu yang meranapkan kawasan sekitar kedai ais krim al-Faqma di daerah Karrada, tengah Baghdad.

Dalam serangan kedua pula, sebuah bom kereta meletup berhampira­n satu daripada jambatan utama Baghdad pagi semalam, menyebabka­n sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan mencederak­an sekurang-kurangnya 35 orang.

Kedua-dua serangan itu berlaku ketika tentera Iraq berusaha menawan kawasan terakhir yang dikuasai Daish di Mosul, bandar yang pernah menjadi kubu kuat kumpulan itu.

Tentera Iraq melancarka­n serangan untuk menawan semula bandar itu sejak tujuh bulan lalu dan sehingga ini berjaya menguasai keseluruha­n timur dan sebahagian besar barat bandar itu.

Kejiranan di Bandar Lama Mosul - Al-Shifaa, Al-Saha dan Al-Zinjili - kini menjadi sasaran serangan besar-besaran askar, polis dan pasukan khas Iraq.

 ??  ?? SEBUAH kereta musnah dalam serangan kedua di Baghdad, semalam. Agensi
SEBUAH kereta musnah dalam serangan kedua di Baghdad, semalam. Agensi
 ??  ?? GAMBAR dari rakaman video menunjukka­n keadaan di kedai ais krim popular selepas seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaann­ya. - Daily Mail
GAMBAR dari rakaman video menunjukka­n keadaan di kedai ais krim popular selepas seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaann­ya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia