Harian Metro

My Sassy Girl ke era purba

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Versi baru diyakini bakal cipta fenomena sekali lagi

Filem My Sassy Girl dari Korea Selatan pada 2001 mencetuska­n fenomena hingga ia diadaptasi ke drama bersiri di Jepun dan filem di Amerika Syarikat (AS).

Jelas sekali, jalan ceritanya yang tersendiri membuatkan ia berjaya meninggalk­an impak hingga sekarang.

Malah, kehebatan filem itu masih diperkatak­an dan relevan ditonton hingga hari ini.

Kali ini, My Sassy Girl se kali lagi diadaptasi ke drama yang menampilka­n pelakon Korea Selatan digilai ramai iaitu Joo Won dan Oh Yeon Seo.

Tidak seperti filemnya yang memaparkan zaman moden, kali ini mengetenga­hkan era purba Joseon yang semestinya menjadikan ia lebih menarik.

Dalam drama terbaru ini, Joo Won menampilka­n lakonan yang cukup menyerlah.

Wataknya sebagai Gyeon Woo begitu menjadi. Apatah lagi Gyeon Woo yang juga cendekiawa­n tersohor memang disanjungi ramai di era itu.

My Sassy Girl mengisahka­n Gyeon Woo yang amat dipercayai raja hingga dia diberikan akses untuk melakukan apa saja.

Bagaimanap­un, takdir akhirnya menemukan dia dengan seorang wanita misteri. Wanita itu berjaya menggoyahk­an keangkuhan­nya dan paling menarik, membuatkan dia gila bayang.

Malangnya, Gyeon Won tidak dapat menjejaki langsung siapakah wanita itu. Dia bukannya jatuh cinta, tetapi bertekatek­i siapakah wanita yang cukup unik peribadiny­a itu.

Sebenarnya wanita itu ialah Puteri Hyemyung yang suka menyelinap keluar dari istana kerana mahu menikmati keseronoka­n hidup menjadi rakyat biasa.

Sikapnya yang makin menjadijad­i itu membuatkan dia mula mendatangk­an kesusahan kepada pihak istana. Dia perlu berhenti berbuat demikian sebelum identitiny­a terbongkar.

Walaupun liar, Puteri Hyemyung sebenarnya menjalani kehidupan yang tidak seindah mana dalam istana. Dia diberikan layanan buruk oleh ibu tirinya.

Namun, itu tidak menghalang dirinya disayangi ramai di istana yang

 ??  ?? UNSUR kom
UNSUR kom
 ??  ?? GYEON Won seorang cendekiawa­n terbilang pada zaman itu.
GYEON Won seorang cendekiawa­n terbilang pada zaman itu.
 ??  ?? PUTERI Hyemyung memiliki karakter pelik.
PUTERI Hyemyung memiliki karakter pelik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia