Harian Metro

Hati-hati memilih cinta

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Elizabeth terkilan apabila membelakan­gkan keluarga sebelum ini

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Elizabeth Tan baru-baru ini bercerita mengenai kisah cintanya yang kecundang selepas empat bulan bersama bekas kekasih yang juga ahli perniagaan.

Kisah itu tular di

Internet dan netizen turut mendakwa hubungan itu putus disebabkan kehadiran orang ketiga.

Bagaimanap­un, Elizabeth enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Saya tak mahu komen mengenainy­a kerana sudah meneruskan kehidupan sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada pernah terserempa­k dengan wanita yang dikatakan seorang selebriti itu, Elizabeth ada jawapannya.

“Sepanjang berada dalam industri hiburan, saya sendiri tidak pernah bertemu dengannya.

“Saya juga menyekat semua talian atau media sosial daripada bekas kekasih dan wanita itu kerana saya tidak mahu lagi pandang ke belakang,” katanya.

Diminta mengulas mengenai ‘perang’ antara netizen yang terdiri daripada peminatnya dan selebriti itu di beberapa ruangan forum, Elizabeth memohon agar ia tidak diperbesar­kan.

“Saya memohon peminat supaya tidak bergaduh, mengeluark­an perkataan yang tidak sepatutnya dan membuli di Internet. Apa yang berlaku saya jadikan pengajaran.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan sekarang, fokus lebih kepada untuk memajukan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon,” katanya.

Elizabeth sebelum itu bercerita yang dia sendiri mengambil keputusan berpisah kerana itu adalah jalan terbaik.

Apa yang membuatkan­nya terkilan kerana dia sanggup membelakan­gkan keluargany­a demi cinta.

“Saya akan lebih berhatihat­i dalam memilih cinta selepas ini. Hubungan saya dengan keluarga pun sudah kembali pulih selepas berpisah dengan bekas kekasih.

Terbaru, Elizabeth kini menjalani penggambar­an drama 20 episod berjudul My Darling Inspektor

Daniel.

“Selain saya, pelakon lain yang terlibat adalah Aaron Aziz. Ini adalah drama pertama saya ditawarkan watak utama.

“Saya sendiri pada awalnya sedikit raguragu dengan kemampuan dalam lakonan. Tetapi, apabila ditawarkan, saya cuba lakukan semampu yang boleh dan banyak melakukan latihan,” katanya.

 ??  ?? Saya memohon peminat supaya tidak bergaduh, mengeluark­an perkataan yang tidak sepatutnya dan membuli di Internet
Saya memohon peminat supaya tidak bergaduh, mengeluark­an perkataan yang tidak sepatutnya dan membuli di Internet
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia