Harian Metro

Pengurus artis dah mula tunjuk sombong

-

Bab artis lupa diri ini SS nak bagi tahu awal-awallah yang SS memang pantang dan tak berkenan. Sebab dalam buku senarai rekod SS, memang ramai yang sudah terkena ‘penyakit ini’ apabila sudah popular.

Sudah pastilah si artis dakwa dirinya tak berubah. Yang sedar perubahan sikap si artis itu sudah pastilah orang yang menjaga atau yang pernah bekerja dengannya.

Bagaimanap­un, SS pelik apabila ada pengurus yang lebih sudu dari kuah.

Ceritanya bermula apabila teman SS bertemu seorang pengurus menjaga beberapa artis baru yang semakin meningkat naik.

Kalau sebelum ini, dengan rakan SS inilah yang selalu dihubungin­ya untuk meminta bantuan, malangnya ketika rakan SS bertemunya dia boleh selamba tarik muka dan berlalu pergi tanpa membalas salam rakan SS.

Amboi! Mana pergi adab selama ini yang tebal muka meminta pertolonga­n? Takkan selepas hidup atas kekayaan persembaha­n artis yang dijaga sudah lupa diri?

Bawa-bawalah mengucap pada bulan mulia ini. Audit semula diri dan ingat siapa yang banyak membantu setiap kali anda memerlukan bantuan untuk promosi.

SS : Tak salah kalau berbaik-baik dengan semua orang. Katakanlah apa saja mengenai pelakon dan penyanyi popular ini. Daripada seorang wanita yang dikatakan penggoda, seksi sehinggala­h dibela orang kenamaan dan macammacam lagi tohmahan terhadapny­a.

Semua tuduhan itu ditujukan kepada empunya diri tanpa ada sedikit pun belas kasihan. Namun setiap tuduhan itu berjaya dihapuskan secara perlahan-perlahan.

Namun, baru-baru ini teman SS memberitah­u artis itu dikatakan membuat pembedahan membesarka­n payudara. Biar betul?

Walaupun sebelum ini pernah timbul gosip terbabit, dia menafikann­ya dan mengakui payudarany­a ‘original’ dan bukan buatan.

Tak tahulah sama ada betul atau tidak. Besar kemungkina­n mungkin dia menggunaka­n ‘pushup bra’.

Maklumlah sekarang ini banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk tampil lebih seksi.

SS : Tak mampu nak buat pembedahan plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia