Harian Metro

HANISAH BERI INSPIRASI

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram @ cykchaaa, Hanisah Zairudin, 23, mempunyai 73,400 pengikut di laman sosialnya itu.

Hanisah dikatakan menjadi inspirasi gadis lain untuk meningkatk­an keyakinan diri dengan mengubah penampilan diri.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Ceritakan mengenai latar belakang Hanisah?

Hanisah (H): Saya anak kedua daripada empat beradik dan berasal dari Langkawi, Kedah.

Saya pemegang Diploma Perakaunan dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah.

Sementara menanti tawaran pekerjaan yang bersesuaia­n dengan kelulusan, saya aktif melakukan reviu produk di Instagram.

S: Apakah faktor ramai orang mengikuti perkembang­an Hanisah di laman sosial Instagram?

H: Sebenarnya saya pun tak pasti tetapi jumlah pengikut mula meningkat sejak tahun lalu apabila sering berkongsi cara penjagaan wajah dan kulit.

Secara jujurnya, ketika zaman kuliah saya tidak pandai menjaga penampilan diri tetapi sejak aktif di Instagram saya mula belajar sedikit demi sedikit kerana suka lihat pengguna Instagram lain berpenampi­lan menarik.

Malah sejak memuat naik perbezaan gambar zaman kuliah dan sekarang, ramai yang tidak percaya dan teruja untuk mendapatka­n tip kecantikan daripada saya. Dulu kulit saya kusam dan gelap tetapi selepas mengamalka­n pengambila­n vitamin C, kolagen dan produk kecantikan wajah yang bersesuaia­n, kulit saya bertambah cerah serta jauh berbeza berbanding dulu.

S: Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Hanisah pada waktu lapang?

H: Saya suka selfie (swafoto)! Pantang lihat kamera hadapan telefon, saya akan berswafoto dan penuh memori telefon bimbit dengan gambar saya. Saya lebih gemar swafoto kerana kadangkala gambar yang diambil oleh rakan tidak menepati kehendak. Jadi untuk memuaskan hati sendiri saya lebih suka swafoto!

Selain itu, saya suka menyanyi. Boleh dikatakan masa lapang saya pada hujung minggu dihabiskan di pusat karaoke, paling lama tiga jam bersama rakan.

Jika tidak keluar ke manamana, saya akan membuat kek di rumah untuk juadah minum petang bersama keluarga. Kadangkala saya juga menerima tempahan daipada sanak-saudara dan bulan puasa ini saya akan mula membuat pelbagai jenis kuih raya.

Kongsi cara penjagaan wajah dan kulit di laman sosial

S: Pernahkan Hanisah terfikir menjadi popular hanya menggunaka­n medium media sosial Instagram?

H: Saya tidak pernah terfikir akan melalui perubahan hidup seperti ini kerana kuasa media sosial saya dikenali dalam kalangan netizen.

Faktor utama menjadi popular juga tidak saya ketahui sehingga kini dan anggap ia rezeki untuk saya menjana pendapatan menerusi medium ini.

Apatah lagi dulu saya hanya gadis biasa dan kurang menyerlah. Setiap gadis memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing tetapi itu bukan faktor untuk kita berasa rendah diri.

Oleh sebab itu dulu saya pernah nekad mencuba sesuatu yang baru dalam hidup dengan mengamalka­n petua penjagaan kulit, menghadiri uji bakat peragaan baju pengantin dan bakat saya mula mendapat perhatian.

Nasihat saya, jangan rasa rendah diri kerana kecantikan boleh dimiliki setiap gadis dan jangan cepat berputus asa.

S: Apakah perancanga­n Hanisah pada masa akan datang?

H: Perancanga­n saya dalam masa terdekat ini mahu mengeluark­an produk kecantikan sendiri yang dijangka dijual secara dalam talian pada hujung tahun.

Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai bakeri di Langkawi yang menyediaka­n pelbagai jenis kek dan pencuci mulut yang lazat.

Semoga impian saya berjalan lancar dan dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia