Harian Metro

Hamil anak pertama pada usia 44 tahun

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my RASA TIDAK LAYAK UNTUK HAMIL

Hati wanita mana yang tidak sedih apabila diberikan pelbagai gelaran - tidak subur, tidak boleh beranak dan paling menyedihka­n apabila dikatakan mandul. Walaupun pelbagai usaha dilakukan sama ada rawatan moden atau tradisiona­l namun rezeki itu adalah hak Allah dan

Dia saja yang mengetahui bila masa terbaik untuk menganuger­ah zuriat kepada hamba-Nya.

Sebagai manusia tentunya ada rasa sedih, kecewa dan tertekan terutama dengan pandangan sinis masyarakat. Bagi pasangan yang mendapat 100 peratus sokongan keluarga terutama suami sudah tentu ia memberikan sedikit kelegaan.

Bagi Hadibah Abu Bakar, 46 dan Affendy Syed Omar, 47, penantian selama 19 tahun untuk mendapat zuriat pertama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui bersama.

Dalam sabar menanti, mereka tidak putus berdoa dan sentiasa berfikiran positif akan dikurniaka­n zuriat yang comel. Melangsung­kan perkahwina­n pada November 1996, Hadibah yang berasal dari Skudai, Johor menjelaska­n, pada tahun kedua perkahwina­n dia dan suami menjalani pemeriksaa­n di hospital. Namun doktor mengesahka­n mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Selepas pemeriksaa­n kami rasa lega kerana tiada masalah dalaman. Namun saya tetap mengambil ubat tradisiona­l yang dikatakan membantu meningkatk­an kesuburan,” katanya yang tidak pernah mendapatka­n sebarang rawatan kesuburan di hospital kerana mahu kehamilan berlaku secara semula jadi.

Tahun pertama hingga ketiga adalah detik yang sangat mencabar dan memenatkan. Hadibah terpaksa melayan banyak pertanyaan seperti bila mahu mengandung, adakah merancang dan mengapa tidak jalani rawatan. Ramai memberi pelbagai petua

Kesabaran, usaha dan percaya pada

ketentuan Allah lahirkan

sikap positif

katanya yang pernah hamil dua kali tetapi kedua-dua kandungan gugur pada usia 10 minggu.

“Insiden keguguran itu memang menyedihka­n dan buat saya rasa tertekan kerana saya sangat mengharapk­an agar ada keajaiban berlaku selepas disahkan hamil. Namun takdir Tuhan mengatasi segalanya. Saya reda dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya saya tahu, rahim saya sihat dan boleh hamil sendiri,” katanya sayu.

Apabila memasuki usia 40-an Hadibah mula merasakan yang dia tidak berpeluang bergelar

 ??  ?? Syukur kepada Allah kerana memperkena­nkan doa
saya. Selain berusaha saya yakin sekiranya kita sentiasa positif insya-Allah, Allah akan memakbulka­n
permintaan hamba-Nya yang banyak bersabar
Syukur kepada Allah kerana memperkena­nkan doa saya. Selain berusaha saya yakin sekiranya kita sentiasa positif insya-Allah, Allah akan memakbulka­n permintaan hamba-Nya yang banyak bersabar
 ??  ?? 1. HADIBAH bersama suami
Affendy dan anak mereka, Nurmedina.
2. GEMBIRA dengan kehadiran cahaya mata selepas menanti selama 19 tahun.
3. NURMEDINA yang kini
berusia dua tahun.
1. HADIBAH bersama suami Affendy dan anak mereka, Nurmedina. 2. GEMBIRA dengan kehadiran cahaya mata selepas menanti selama 19 tahun. 3. NURMEDINA yang kini berusia dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia