Harian Metro

PENDAKWAH PALING POPULAR

- Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

 Penyampaia­n ilmu di media sosial cipta populariti dengan jutaan pengikut tersendiri

Kuala Lumpur

Penyampaia­n wadah ilmu yang tidak membosanka­n selain menyelitka­n unsur humor, dialek negeri dan kadang-kadang mencetuska­n kontrovers­i membuka laluan kepada segelintir pendakwah era ledakan media sosial mencipta populariti dengan jutaan pengikut tersendiri.

Carian Harian Metro di laman sosial Facebook (FB) bulan lalu mendapati antara pendakwah menggunaka­n akaun sendiri atau pentadbir laman yang mempunyai ramai pengikut ialah Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood (2,059,954), Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (1,279,477), Ustaz Azhar Idrus atau dikenali UAI diikuti seramai 1,560,072 orang.

Selain itu penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias mempunyai 1,214,104 pengikut, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (1,192,637 )manakala Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah mufti paling popular di FB dengan 1,118,439 pengikut.

Jumlah pengikut FB golongan pendakwah popular ini didapati terus meningkat dari semasa ke semasa.

Bagi Ustaz Haslin Baharim atau lebih popular sebagai Ustaz Bollywood biarpun jumlah pengikutny­a kurang sejuta di FB iaitu 216,569 namun video ceramahnya di YouTube bertajuk Azan Yang Seram sudah mencecah 2,424,979 tontonan.

Selain itu, terdapat juga golongan profesiona­l yang cenderung berdakwah dalam status di media sosial FB turut diikuti lebih sejuta orang seperti pakar bedah mata, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad dengan 1,183,832 pengikut.

Bagi kategori rakyat asing, Dr Zakir Naik adalah pendakwah paling popular di Malaysia dengan jumlah pengikut seramai 16,492,883.

Pendakwah veteran Ustaz Ismail Kamus juga tidak ketinggala­n dalam arus dakwah moden apabila FB beliau diikuti seramai 344,452 orang.

Selain itu, ada juga pendakwah yang memiliki kekuatan sendiri atas platform isu kemanusiaa­n seperti Ustaz Nazmi Karim yang dianggap pakar dalam isu krisis di Syria mempunyai 123,437 pengikut FB.

Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Amin yang menjuarai isu Palestin pula memiliki 139,691 pengikut dan angka itu tidak termasuk video siri ceramah di masjid atau lokasi jemputan tertentu yang dikongsi pengikutny­a.

Pendakwah muda yang dilahirkan menerusi program realiti televisyen tempatan termasuk Pencetus Ummah (PU) pula didapati kurang popular di FB.

Antaranya juara PU 2016 iaitu Nor Hamizi Jamaluddin atau PU Mizi dengan 6,998 pengikut manakala akaun FB juara Da’i Pendakwah Mi- lenia musim ketiga Hamidah Ab Razak pula diikuti 59,776 orang.

Sementara itu, Siti Nor Bahyah berkata, pendakwah memang memerlukan populariti demi memastikan keberkesan­an dakwah terhadap kumpulan sasaran, namun populariti yang diraih itu perlu ada kawalan.

Menurutnya, pendakwah yang diberi kelebihan dari segi ilmu oleh Allah SWT seharusnya berperanan memberi pencerahan kepada masyarakat, tetapi malangnya ada juga yang tenggelam dalam populariti sendiri.

“Ada yang berani mempermain­kan al-Quran dan hadis demi meningkatk­an populariti. Sepatutnya, kepentinga­n akhirat dijadikan matlamat paling besar dalam kehidupan, bukan kepentinga­n dunia seperti hendak popular dan sebagainya.

“Justeru, perlu bagi kita meninggalk­an segala bentuk syubhah dan haram dalam menuju negara akhirat dan perkara ini Allah SWT beri peringatan dalam Surah Al A’laa ayat 16 dan 17,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang pernah mengendali­kan rancangan Semanis Kurma bersama suami, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, populariti sedia ada perlu dijadikan kelebihan untuk berdakwah kerana ia satu daripada elemen menyebarka­n kebaikan zaman ini.

Katanya, menjadi cabaran besar kepada semua pendakwah yang mempunyai ‘anak murid maya’ kerana mereka perlu fokus kepada kerja dakwah dan tidak dibuai populariti sehingga menyebabka­n ia lari daripada tujuan asal.

Ahmad Dusuki pula berkata, po-

 ??  ?? Ustaz Amin yang menjuarai isu Palestin pula memiliki 139,691 pengikut dan angka itu tidak termasuk video siri ceramah di masjid atau lokasi jemputan tertentu” DON Daniyal AZHAR Idrus
Ustaz Amin yang menjuarai isu Palestin pula memiliki 139,691 pengikut dan angka itu tidak termasuk video siri ceramah di masjid atau lokasi jemputan tertentu” DON Daniyal AZHAR Idrus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia